TERJEMAH KITAB
"At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Qur’an"
 Abu Zakariya Yahya Muhyiddin bin Syaraf bin Hizam An-Nawawi
Fasal 9  
ADAB DAN ETIKA MEMBACA AL-QUR'AN


فصل ٩ في آداب القرآن
ويستحب إذا مر بآية رحمة أن يسأل الله تعالى من فضله وإذا مر بآية عذاب أن يستعيذ بالله من الشر ومن العذاب أو يقول اللهم إني أسألك العافية أو أسألك المعافاة من كل مكروه أو نحو ذلك وإذا مر بآية تنزيه لله تعالى نزه فقال سبحانه وتعالى أو تبارك وتعالى أو جلت عظمة ربنا فقد صح عن حذيفة بن اليمان رضي الله عنهما قال صليت مع النبي ذات ليلة فافتتح البقرة فقلت يركع عند المائة ثم مضى فقلت يصلي بها في ركعة فمضى فقلت يركع بها ثم افتتح النساء فقرأها ثم افتتح آل عمران فقرأها يقرأ ترسلا إذا مر بآية فيها تسبيح سبح وإذا مر بسؤال سأل وإذا مر بتعوذ تعوذ رواه مسلم في صحيحه وكانت سورة النساء في ذلك الوقت مقدمة على آل عمران قال أصحابنا رحمهم الله تعالى ويستحب هذا السؤال والاستعاذة والتسبيح لكل قارئ سواء كان في الصلاة أو خارجا منها قالوا ويستحب ذلك في صلاة الإمام والمنفرد والمأموم لأنه دعاء فاستووا فيه كالتأمين عقب الفاتحة وهذا الذي ذكرناه من استحباب السؤال والاستعاذة هو مذهب الشافعي رضي الله عنه وجماهير العلماء رحمهم الله قال أبو حنيفة رحمه الله تعالى ولا يستحب ذلك بل يكره في الصلاة والصواب قول الجماهير لما قدمناه

Fasal 9. Anjuran Berdo’a ketika membaca ayat-ayat tertentu

Diutamakan jika melalui ayat yang mengandung rahmat agar memohon kepada Allah s.w.t dan apabila melalui yang mengandung siksaan agar memohon perlindungan kepada Allah s.w.t dari kejahatan dan siksaan. Atau berdoa: "Ya Allah, aku mohon kesehatan kepada-Mu atau keselamatan dari setiap bencana." Jika melalui ayat yang mengandung tanzih (penyucian) Allah s.w.t maka dia sucikan Allah s.w.t dengan ucapan, Subhanalahi wa Ta'ala atau Tabaroka wa Ta'ala atau Jallat Azhamatu Rabbina.
Diriwayatkan dari Hudzifah Ibnul Yaman ra Dia berkata: "Pada suatu malam aku sembahyang bersama Nabi s.a.w Beliau memulai dengan Surah Al- Baqarah, beliau rukuk ketika mencapai seratus ayat, kemudian meneruskan. Maka saya katakan, beliau rukuk dengan membacanya. Kemudian beliau memulai surah An-Nisa' dan membacanya, kemudian memulai suart Ali-Imran dan membacanya dengan perlahan-lahan. Jika melalui suatu ayat yang terdapat tasbih di dalamnya, beliau bertasbih. Dan apabila melalui permohonan, beliau memohon. Jika melalui ta'awuudz, beliau memohon perlindungan." (Riwayat Bukhari & Muslim)
Letak Surah An-Nisa' pada waktu itu didahulukan sebelum Surah Ali- Imran.
Para sahabat kami rahimahullah berkata, memohon, meminta perlindungan dan bertasbih itu disunahkan bagi setiap pembaca Al-Qur'an, sama saja di dalam sembahyang atau di luarnya. Mereka berkata: "Semua itu disunahkan dalam sembahyang sendirian. Kerana itu adalah do'a maka mereka semua sama dalam hal itu, seperti ucapan Aamiin sesudah Al-Fatihah.
Apa yang saya sebutkan berkenaan dengan sunahnya, memohon dan isti'adzah tersebut adalah menurut madzhab Asy-Syafi'i ra dan mayoritas ulama rahimahullah. Abu Hanifah rahimahullah berkata: "Hal itu tidak diutamakan, bahkan tidak disukai dalam sembahyang." Pendapat yang lebih benar adalah pendapat mayoritas sebagaimana saya kemukakan.