بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
اللهُم َّصلِّ علٰى سَيِّدنا مُحَمّدٍ عبدِكَ وَنبيِّكَ ورسولِكَ النَّبيِّ الاُمِيّ وَعلٰى اٰلهِ وَصَحْبِهِ وسَلِّم تسليماً بقدرِ عظمةِ ذاَتِكَ في كـُلِّ وَقتٍ وَحيـنٍ
TERJEMAH KITAB
"At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Qur’an"
Abu
Zakariya Yahya Muhyiddin bin Syaraf bin Hizam An-Nawawi
Fasal 10
ADAB DAN ETIKA MEMBACA AL-QUR'AN
فصل ١٠ في
آداب القرآن
ومما يعتنى به ويتأكد الأمر به احترام
القرآن من أمور قد يتساهل فيها بعض الغافلين القارئين مجتمعين فمن ذلك اجتناب
الضحك واللغط والحديث في خلال القراءة إلا كلاما يضطر إليه وليمتثل قول الله تعالى
وإذا قرئ القرآن فاستمعوا له وأنصتوا لعلكم ترحمون وليقتد بما رواه ابن أبي داود
عن ابن عمر رضي الله عنهما أنه كان إذا قرأ القرآن لا يتكلم حتى يفرغ منه ذكره في
كتاب التفسير في قوله تعالى نساؤكم حرث لكم ومن ذلك العبث باليد وغيرها فإنه يناجي
ربه سبحانه وتعالى فلا يعبث بين يديه ومن ذلك النظر إلى ما يلهي ويبدد الذهن وأقبح
من هذا كله النظر إلى ما لا يجوز النظر إليه كالأمرد وغيره فإن النظر إلى الأمرد
الحسن من غير حاجة حرام سواء كان بشهوة أو بغيرها سواء أمن الفتنة أو لم يأمنها
هذا هو المذهب الصحيح المختار عند العلماء وقد نص على تحريمه الإمام الشافعي ومن
لا يحصى من العلماء ودليله قوله تعالى قل للمؤمنين يغضوا من أبصارهم ولأنه في معنى
المرأة بل ربما كان بعضهم أو كثير منهم أحسن من كثير من النساء ويتمكن من أسباب
الريبة فيه ويتسهل من طرق الشر في حقه ما لا يتسهل في حق المرأة فكان تحريمه أولى
وأقاويل السلف في التنفير منهم أكثر من أن تحصى وقد سموهم الأنتان لكونهم مستقذرين
شرعا وأما النظر إليه في حال البيع والشراء والأخذ والإعطاء والتطبب والتعليم
ونحوها من مواضع الحاجة فجائز للضرورة لكن يقتصر الناظر على قدر الحاجة ولا يديم
النظر من غير ضرورة وكذا المعلم إنما يباح له النظر الذي يحتاج إليه ويحرم عليهم
كلهم في كل الأحوال النظرة بشهوة ولا يختص هذا بالأمرد بل يحرم على كل مكلف النظر
بشهوة إلى كل أحد رجلا كان أو امرأة محرما كانت المرأة أو غيرها إلا الزوجة أو
المملوكة التي يملك الاستمتاع بها حتى قال أصحابنا يحرم النظر بشهوة إلى محارمه
كأخته وأمه والله أعلم وعلى الحاضرين مجلس القراءة إذا رأوا شيئا من هذه المنكرات
المذكورة أو غيرها أن ينهوا عنه حسب الإمكان باليد لمن قدر وباللسان لمن عجز عن
اليد وقدر على اللسان وإلا فلينكر بقلبه والله أعلم
(Fasal
10) Muliakanlah Al-Qur’an
Hal yang perlu diperhatikan dan amat
ditekankan adalah memuliakan Al-Qur'an dari hal-hal yang kadang-kadang
diabaikan oleh sebagian orang yang lalai ketika membaca bersama-sama.
Diantaranya menghindari tertawa, berbuat bising dan bercakap-cakap di tengah
pembacaan, kecuali perkataan yang perlu diucapkan.
Hendaklah dia mematuhi firman Allah
s.w.t: "Dan apabila dibacakan Al-Qur'an, maka
dengarkanlah baik- baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat
rahmat." (QS Al-A'raf 7:204)
Hendaklah dia mengikuti yang
diriwayatkan oleh Ibnu Abi Dawud dari Ibnu Umar ra bahawa apabila membaca
Al-Qur'an dia tidak bercakap sehingga selesai. Hadits ini juga diriwayatkan
oleh Al-Bukhari dalam shahihnya dan dia berkata: "Tidak bercakap-cakap
hingga selesai membaaca." Dia menyebutnya dalam kitab At-Tafsir berkenaan
dengan firman Allah s.w.t: "Isetri-isterimu
adalah ladang bagimu." (QS Al-Baqarah 2:223)
Termasuk perbuatan tercela adalah
mempermainkan tangan lainnya karena dia sedang bermunajat kepada Allah s.w.t.
Maka janganlah dia bermain di hadapan-Nya. Diantaranya adalah memandang kepada
sesuatu yang dapat melalaikan dan melencengkan pikiran dan tumpuan.
Lebih buruk dari semua itu adalah
memandang kepada sesuatu yang tidak boleh dipandang, seperti orang lelaki yang
mulus wajahnya dan yang seumpamanya. Kerana memandang kepada laki-laki yang
berwajah mulus dan tampan tanpa keperluan adalah haram, sama saja dengan
syahwat ataupun tanpa syshwat, sama saja aman dari fitnah atau tidak aman. Ini
adalah madzhab yang shahih dan terpilih di kalangan ulama. Imam Asy-Syafi'i dan
para ulama yang tidak sedikit jumlahnya telah menyebutkan pengharamannya.
Dalilnya ialah firman Allah s.w.t: "Katakanlah
kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan
pandangannya." (QS An-Nur 24:30)
Kerana lelaki mulus lagi cantik
cenderung dijadikan pasangan homoseks, sama dengan perempuan. Bahkan boleh jadi
sebagian atau banyak dari mereka lebih bagus dari banyak perempuan dan lebih
memungkinkan terjadinya kejahatan padanya serta lebih mudah dari perempuan.
Maka pengharamannya itu lebih utama. Pendapat-pendapat ulama saja yang
memperingatkan terhadap mereka banyak sekali jumlahnya. Para ulama menanamkan
mereka orang busuk kerana menimbulkan rasa jijik menurut syarak.
Manakala memandang kepadanya ketika
berjual beli, mengambil dan memberi, berubat dan mengajar serta hal-hal lain
yang diperlukan, hukumnya boleh kerana adanya keperluan yang dibenarkan secara
syar'i. Bagaimanapun pandangannya adalah sekedar keperluan dan tidak terus
memandang tanpa keperluan. Demikian jugalah guru yang diharuskan memandang
sesuatu yang diperlukannya dan haram atas mereka dalam segala keadaan memandang
dengan syahwat.
Ini tidak khusus berkaitan dengan
lelaki yang mulus wajahnya, bahkn haram atas setiap mukallaf memandang dengan
syahwat kepada setiap orang, sama saja lelaki ataupun perempuan. Sama saja
perempuan itu masih mahramnya atau bukan, kecuali isteri atau hamba perempuan
yang boleh digauli. Bahkan sahabat kami mengatakan: Diharamkan memandang dengan
syahwat kepada mahramnya seperti suadara perempuannya dan ibunya."
Wallahua'lam.
Diwajibkan atas orang-orang yang
menghadiri majlis membaca Al-Qur'an jika melihat sesuatu
kemungkaran-kemungkaran tersebut atau lainnya agar melarangnya sekuat tenaga
dengan tangan bagi siapa yang mampu dan dengan lisan bagi siapa yang tidak
mampu melakukannya dengan tangan dan mampu melakukannya dengan lisan. Jika
tidak sanggup dengan semua itu, maka dengan hatinya (membencinya dengan hati).
Wallahua'lam.
Mohon Maaf, Kepada Semua Sahabat, Atas Ketidak Nyamanannya, Dengan adanya Shortener Di Link Download. Mohon Keridhoannya. Terima Kasih.**** Apabila kesulitan Download Silahkan buka/klik gambar(Cara Download) kalau Di hp, Geser kebawah. Apabila masih kesulitan, silahkan copy paste link download yang ada, kebrowser.*** Apabila ada link Download yg rusak/mati, mohon beritahu kami lewat komentar dibawah ini.
Silahkan Bagikan Artikel ini
Related Posts :