بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
اللهُم َّصلِّ علٰى سَيِّدنا مُحَمّدٍ عبدِكَ وَنبيِّكَ ورسولِكَ النَّبيِّ الاُمِيّ وَعلٰى اٰلهِ وَصَحْبِهِ وسَلِّم تسليماً بقدرِ عظمةِ ذاَتِكَ في كـُلِّ وَقتٍ وَحيـنٍ
TERJEMAH KITAB
"At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Qur’an"
Abu
Zakariya Yahya Muhyiddin bin Syaraf bin Hizam An-Nawawi
Fasal 6
ADAB DAN ETIKA MEMBACA AL-QUR'AN
فصل ٦- في آداب القرآن
فإن أراد الشروع في القراءة استعاذ
فقال أعوذ بالله من الشيطان الرجيم هكذا قال الجمهور من العلماء وقال بعض العلماء
يتعوذ بعد القراءة لقوله تعالى فإذا قرأت فاستعذ بالله من الشيطان الرجيم وتقدير
الآية عند الجمهور إذا أردت القراءة فاستعذ ثم صيغة التعوذ كما ذكرناه وكان جماعة
من السلف يقولون أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم ولا بأس بهذا ولكن
الاختيار هو الأول ثم إن التعوذ مستحب وليس بواجب وهو مستحب لكل قارئ سواء كان في
الصلاة أو في غيرها ويستحب في الصلاة في كل ركعة على الصحيح من الوجهين عند
أصحابنا وعلى الوجه الثاني إنما يستحب في الركعة الأولى فإن تركه في الأولى أتى به
في الثانية ويستحب التعوذ في التكبيرة الأولى في صلاة الجنازة على أصح الوجهين قال
وينبغي أن يحافظ على قراءة بسم الله الرحمن الرحيم في أول كل سورة سوى براءة فإن
أكثر العلماء قالوا إنها آية حيث تكتب في المصحف وقد كتبت في أوائل السور سوى
براءة فإذا قرأها كان متيقنا قراءة الختمة أو السورة فإذا أخل بالبسملة كان تاركا
لبعض القرآن عند الأكثرين فإذا كانت القراءة في وظيفة عليها جعل كالأسباع والأجراء
التي عليها أوقاف وأرزاق كان الاعتناء بالبسملة أكثر لتيقن قراءة الختمة فإنه إذا
تركها لم يستحق شيئا من الوقف عند من يقول البسملة آية من أول السورة وهذه دقيقة
نفيسة يتأكد الاعتناء بها وإشاعتها
Jika hendak mulai
membaca Al-Qur'an, maka dia memohon perlindungan dengan mengucapkan: A'uudzu
billaahi minasy-syaithoonir rojiim (Aku Berlindung kepada Allah s.w.t dari
Syaitan yang terkutuk). Sebagian ulama salaf berkata: Ta'awwudz itu sepatutnya
dibaca sesudah membaca Al- Qur'an berdasarkan firman Allah s.w.t: "Jika
kamu membaca Al-Qur'an, hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah s.w.t
dari syaitan yang terkutuk." (QS An-Nahl 16:98)
Maksud ayat ini menurut
mayoritas ulama, apabila kamu ingin membaca Al-Qur'an, maka mohonlah
perlindungan kepada Allah s.w.t dari syaitan yang terkutuk.
Sejumlah ulama salaf
berpendapat, 'Auudzu billaahis sami'il 'aliimi minasy-syaithoonir rojiim (aku
memohon perlindungan kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari
syaitan yang terkutuk). Tidaklah mengapa jika mengucapkan perkataan ini.
Bagaimanapun yang
terpilih adalah bentuk ta'awwudz yang pertama. Kemudian, sesungguhnya ta'awwudz
itu mustahab (disunahkan) dan bukan wajib. Ta'awwudz itu disunahkan bagi setiap
pembaca Al-Qur'an, sama saja di dalam sembahyang atau di luarnya. Di dalam
sembahyang diutamakan membacanya dalam setiap rakaat menurut pendapat yang
sahih dari dua pendapat tersebut.
Menurut pendapat yang
kedua diutamakan membacanya pada rakaat pertama. Jika ditinggalkan pada rakaat
pertama, maka hendaklah dia membacanya pada rakaat kedua.
Diutamakan pula membaca
ta'awwudz dalam takbir pertama sembahyang jenazah, menurut pendapat yang lebih
sahih di antara dua pendapat.
Hendaklah orang yang
membaca Al-Qur'an selalu membaca bismillahir Rahmaanir Rahiim pada awal
setiap surah selain surah Bara'ah kerana sebagian besar ulama mengatakan, ia
adalah ayat, sebab ditulis di dalam Mushaf. Basmalah ditulis di awal setiap
surah, kecuali Bara'ah. Jika tidak membaca basmalah, maka dia meninggalkan sebagian
Al-Qur'an menurut sebagian besar ulama.
Kalau bacaan itu kerana
tugas yang diwajibkan atasnya sebagai orang yang diupah dan digaji, maka
perhatian atas bacaan basmalah lebih ditekankan untuk memastikan pembacaan
khatam. Kerana jika ditinggalkannya, maka dia tidak mendapat sesuatu kerana
waqaf, bagi orang yang mengatakan bahawa basmalah adalah termasuk ayat di awal
surah. Ini adalah penjelasan berharga yang ditekankan agar diperhatikan dan
disebarkan.
Mohon Maaf, Kepada Semua Sahabat, Atas Ketidak Nyamanannya, Dengan adanya Shortener Di Link Download. Mohon Keridhoannya. Terima Kasih.**** Apabila kesulitan Download Silahkan buka/klik gambar(Cara Download) kalau Di hp, Geser kebawah. Apabila masih kesulitan, silahkan copy paste link download yang ada, kebrowser.*** Apabila ada link Download yg rusak/mati, mohon beritahu kami lewat komentar dibawah ini.
Silahkan Bagikan Artikel ini
Related Posts :