TERJEMAH KITAB
"At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Qur’an"
 Abu Zakariya Yahya Muhyiddin bin Syaraf bin Hizam An-Nawawi
Fasal 11
 ADAB DAN ETIKA MEMBACA AL-QUR'AN

فصل ١١ في آداب القرآن

لا تجوز قراءة القرآن بالعجمية سواء أحسن العربية أو لم يحسنها سواء كان في الصلاة أم في غيرها فإن قرأ بها في الصلاة لم تصح صلاته هذا مذهبنا ومذهب مالك وأحمد وداود وأبو بكر بن المنذر وقال أبو حنيفة يجوز ذلك وتصح به الصلاة وقال أبو يوسف ومحمد يجوز ذلك لمن لم يحسن العربية ولا يجوز لمن يحسنها

(Fasal 11) Membaca Al-Qur’an dengan bahasa arab

Tidak boleh membaca Al-Qur'an dengan selain bahasa Arab, sama saja dia bisa berbahasa Arab dengan baik atau tidak, sama saja di dalam sembahyang ataupun di luar sembahyang. Jika dia membaca Al-Qur'an dalam sembahyang dengan selain bahasa Arab, maka sembahyangnya tidak sah. Ini adalah madzhab kami dan madzhab Imam Malik, Ahmad, Dawud dan Abu Bakar Ibnul Mundzir. Sedangkan Abu Hanifah berkata: "Diharuskan membaca dengan selain bahasa Arab dan sembahyangnya sah."
Abu Yusuf dan Muhammad berkata: "Boleh bagi orang yang tidak baik bahasa Arabnya dan tidak boleh bagi orang yang boleh membaca bahasa Arab dengan baik."

فصل ١٢ في آداب القرآن

وتجوز قراءة القرآن بالقراءات السبع المجمع عليها ولا يجوز بغير السبع ولا بالروايات الشاذة المنقولة عن القراء السبعة وسيأتي في الباب السابع إن شاء الله تعالى اتفاق الفقهاء على استتابة من أقرأ بالشواذ أو قرأ بها وقال أصحابنا وغيرهم لو قرأ بالشواذ في الصلاة بطلت صلاته إن كان عالما وإن كان جاهلا لم تبطل ولم تحسب له تلك القراءة وقد نقل الإمام أبو عمر بن عبدالبر الحافظ إجماع المسلمين على أنه لا تجوز القراءة بالشاذ وأنه لا يصلى خلف من يقرأ بها قال العلماء من قرأ الشاذ إن كان جاهلا به أو بتحريمه عرف بذلك فإن عاد إليه أو كان عالما به عزر تعزيرا بليغا إلى أن ينتهي عن ذلك ويجب على كل متمكن من الإنكار عليه ومنعه الإنكار والمنع

(Fasal 12) Membaca Al-Qur'an dengan tujuh qiroat

Diharuskan membaca Al-Qur'an dengan tujuh qiraat seperti bacaan yang disetujui. Dan tidak boleh dengan selain yang tujuh bacaan itu dan tidak pula dengan riwayat-riwayat asing yang ditulis (diambil) dari ketujuh ahli qiraah itu.
Akan dijelaskan dalam bahagian ketujuh InsyaAllah swt berkenaan dengan kesepakatan para fuqaha untuk menyuruh bertaubat bagi orang yang membaca dengan bahasa asing apabila dia membacanya demikian. Sahabat kami dan lainnya berkata: "Sekiranya membaca dengan bahasa asing di dalam sembahyang, batallah sembahyangnya jika dia mengetahui. Jika tidak mengetahui, maka tidak batal sembahyangnya dan tidak dikira bacaan itu baginya."
Imam Abu Umar bin Andul Bar Al-Hafizh telah menulis jima'ul muslimin. Bahawa tidak boleh membaca dengan bacaan yang asing (syadz) dan tidak boleh sembahyang di belakang orang yang membaca dengan bacaan syadz. Para ulama berkata: "Barangsiapa membaca dengan bacaan syadz sedang dia tidak mengetahuinya atau tidak mengetahui pengharamannya, maka dia diberitahu tentang hal itu. Jika kembali melakukannya atau dia mengetahui bacaan syadz itu, maka dia pun dihukum dengan keras hingga berhenti melakukannya."
Setiap orang yang sanggup menegur dan mencegahnya wajib menegur dan mencegahnya.

فصل ١٣ في آداب القرآن
إذا ابتدأ بقراءة أحد القراء فينبغي أن يستمر على القراءة بها ما دام الكلام مرتبطا فإذا انقضى ارتباطه فله أن يقرأ بقراءة أحد من السبعة والأولى دوامه على الأولى في هذا المجلس

(Fasal 13) Tetap dalam bacaan salah seorang ahli qiro’ah

Jika dia memulai dengan bacaan salah seorang ahli qiraah, maka hendaknya dia tetap dalam qiraah itu selama bacaannya berkaitan dengannya. Kalau hubungannya berakhir, dia boleh membaca dengan bacaan salah seorang dari ketujuh qari (yang mahir mambaca) Al-Qur'an. Pendapat yang lebih utama adalah tetap dalam keadaan pertama di majlis itu.