بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
اللهُم َّصلِّ علٰى سَيِّدنا مُحَمّدٍ عبدِكَ وَنبيِّكَ ورسولِكَ النَّبيِّ الاُمِيّ وَعلٰى اٰلهِ وَصَحْبِهِ وسَلِّم تسليماً بقدرِ عظمةِ ذاَتِكَ في كـُلِّ وَقتٍ وَحيـنٍ
TERJEMAH KITAB
"At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Qur’an"
Abu
Zakariya Yahya Muhyiddin bin Syaraf bin Hizam An-Nawawi
Fasal 7
ADAB DAN ETIKA MEMBACA AL-QUR'AN
فصل ٧ في آداب القرآن
فإذا شرع في القراءة فليكن شأنه
الخشوع والتدبر عند القراءة والدلائل عليه أكثر من أن تحصر وأشهر وأظهر من أن تذكر
فهو المقصود المطلوب وبه تنشرح الصدور وتستنير القلوب قال الله عز وجل أفلا
يتدبرون القرآن وقال تعالى كتاب أنزلناه إليك مبارك ليدبروا آياته والأحاديث فيه
كثيرة وأقاويل السلف فيه مشهورة وقد بات جماعة من السلف يتلون آية واحدة يتدبرونها
ويرددونها إلى الصباح وقد صعق جماعة من السلف عند القراءة ومات جماعات حال القراءة
وروينا عن بهز بن حكيم أن زرارة بن أوفى التابعي الجليل رضي الله عنه أمهم في صلاة
الفجر فقرأ حتى بلغ فإذا نقر في الناقور فذلك يومئذ يوم عسير خر ميتا قال بهز وكنت
فيمن حمله وكان أحمد بن أبي الحواري رضي الله عنه وهو ريحانة الشام كما قال أبو
القاسم الجنيد رحمه الله إذا قرئ عنده القرآن يصيح ويصعق قال ابن أبي داود وكان
القاسم بن عثمان الجوني رحمه الله ينكر على ابن الحواري وكان الجوني فاضلا من
محدثي أهل دمشق تقدم في الفضل على ابن أبي الحواري قال وكذلك أنكره أبو الجوزاء
وقيس بن جبير وغيرهم قلت والصواب عدم الإنكار إلا على من اعترف أنه يفعله تصنعا
والله أعلم وقال السيد الجليل ذو المواهب والمعارف إبراهيم الخواص رضي الله تعالى
عنه دواء القلب خمسة أشياء قراءة القرآن بالتدبر وخلاء البطن وقيام الليل والتضرع
عند السحر ومجالسة الصالحين
فصل في استحباب ترديد الآية للتدبر وقد قدمنا في الفصل قبله الحث على التدبر وبيان موقعه وتأثر
السلف وروينا عن أبي ذر رضي الله تعالى عنه قال قام النبي بآية يرددها حتى أصبح
والآية إن تعذبهم فإنهم عبادك الآية رواه النسائي وابن ماجه وعن تميم الداري رضي
الله تعالى عنه أنه كرر هذه الآية حتى أصبح أم حسب الذين اجترحوا السيئات أن
نجعلهم كالذين آمنوا وعملوا الصالحات الآية وعن عبادة بن حمزة قال دخلت على أسماء
رضي الله عنها وهي تقرأ فمن الله علينا ووقانا عذاب السموم فوقفت عندها فجعلت
تعيدها وتدعو فطال علي ذلك فذهبت إلى السوق فقضيت حاجتي ثم رجعت وهي تعيدها وتدعو
ورويت هذه القصة عن عائشة رضي الله تعالى عنها وردد ابن مسعود رضي الله عنه رب
زدني علما وردد سعيد بن جبير واتقوا يوما ترجعون فيه إلى الله وررد أيضا فسوف
يعلمون إذ الأغلال في أعناقهم الآية وررد أيضا ما غرك بربك الكريم وكان الضحاك إذا
تلا قوله تعالى لهم من فوقهم ظلل من النار ومن تحتهم ظلل رددها إلى السحر
فصل في البكاء عند قراءة القرآن قد تقدم في الفصلين المتقدمين بيان
ما يحمل على البكاء في حال القراءة وهو صفة العارفين وشعار عباد الله الصالحين قال
الله تعالى ويخرون للأذقان يبكون ويزيدهم خشوعا وقد وردت فيه أحاديث كثيرة وآثار
السلف فمن ذلك عن النبي اقرؤوا القرآن وابكوا فإن لم تبكوا فتباكوا وعن عمر بن
الخطاب رضي الله عنه أنه صلى بالجماعة الصبح فقرأ سورة يوسف فبكى حتى سالت دموعه
على ترقوته وفي رواية أنه كان في صلاة العشاء فتدل على تكريره منه وفي رواية أنه
بكى حتى سمعوا بكاءه من وراء الصفوف وعن أبي رجاء قال رأيت ابن عباس وتحت عينيه
مثل الشراك البالي من الدموع وعن أبي صالح قال قدم ناس من أهل اليمن على ابي بكر
الصديق رضي الله عنه فجعلوا يقرؤون القرآن ويبكون فقال أبو بكر الصديق رضي الله
عنه هكذا كنا وعن هشام قال ربما سمعت بكاء محمد بن سيرين في الليل وهو في الصلاة
والآثار في هذا كثيرة لا يمكن حصرها وفيما أشرنا إليه ونبهنا عليه كفاية والله
أعلم قال الإمام أبو حامد الغزالي البكاء مستحب مع القراءة وعندها وطريقه في
تحصيله أن يحضر قلبه الحزن بأن يتأمل ما فيه من التهديد والوعيد الشديد والمواثيق
والعهود ثم يتأمل تقصيره في ذلك فإن لم يحضره حزن وبكاء كما يحضر الخواص فليبك على
فقد ذلك فإنه من أعظم المصائب
Khusuk, Mengulang-ulang ayat, dan Menangis waktu baca Al-Qur'an
Jika mulai membaca, hendaklah bersikap khusyuk dan merenungkan maknanya
ketika membaca. Dalil-dalilnya terlalu banyak untuk dihitung dan sudah masyur
serta terlalu jelas untuk disebut. Itulah maksud yang dikehendaki dan dengan
demikian itu dada menjadi lapang serta hati menjadi tenang. Allah Azza wa jalla
berfirman:
"Apakah mereka tidak memperhatikan Al-Qur'an?" (QS An-Nisa' 4:82)
Allah berfirman: "Ini adalah suatu Kitab
yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkat supaya mereka memperhatikan
ayat-ayatnya" (QS Shaad 38:29)
Banyak hadits yang diriwayatkan berkenaan dengan perkara tersebut dan
pendapat-pendapat ulama salaf tentang hal itu cukup masyur. Sejumlah ulama
Salaf ada yang membaca satu ayat sambil merenungkannya dan mengulang- ulanginya
sehingga pagi.
Sejumlah ulama Salaf telah pengsan ketika membaca Al-Qur'an. Banyak pula
yang mati dalnm keadaan membaca Al-Qur'an.
Telah kami terima riwayat dari Bahzin bin Hakim bahawa Zurarah bin Aufa
seorang tabi'in yang mulia mengimami sejumlah orang dalam sembahyang
fajar. Dia membaca Al-Qur'an sehingga ayat: "Jika
ditiup sangkakala maka waktu itu adalah waktu(datangnya) hari yang sukar."
(QS Al-Mudatstsir 74:8-9)
Tiba-tiba dia tumbang dan mati. Banzin berkata: "Aku termasuk orang-orang
yang memikulnya."
Ahmad bin Abul Hawari ra yang dijuluki Raihanatus Syam sebagaimana
dikatakan oleh Abul Qasim Al-Junaidi rahimahullah, apabila dibacakan Al- Qur'an
di dekatnya, dia menjerit dan jatuh pingsan.
Ibnu Abi Dawud berkata, Al-Qasim Ibnu Usman Al-Jau'i rahimahullah
mengingkari hal itu atas Ibnu Abil Hawari. Al-Jau'i seorang yang terkemuka dan
ahli hadits yang menetap di Damsyiq. Dia lebih utama dari Ibnu Abil Hawari.
Katanya: demikian jugalah di ingkari oleh Abul Jauza' dan Qais bin Hubtar serta
lainnya.
Saya katakan, yang benar ialah tidak adanya keingkaran, kecuali siapa yang
mengaku bahawa dia lakukan itu dengan berpura-pura. Wallahua'lam.
As-Sayyid yang mulia dan pemilik berbagai anugerah serta makrifat,
Ibrahim Al-Khawash ra.a berkata: "Ubat penyembuh hati ada lima perkara,
yaitu:
1.Membaca Al-Qur'an dan merenungi maknanya. 2.Perut yang kosong.
3.Sembahyang malam. 4.Berdoa dengan penuh tawadhuk di hujung malam. 5.Duduk
bersama orang-orang sholeh.
Fasal Tentang
Anjuran mengulang-ulang ayat untuk direnungkan. Telah kami kemukakan dalam fasal sebelumnya anjuran
untuk merenungkan dan menjelaskan pengaruhnya serta peninggalan tradisi ulama
Salaf. Telah kami terima riwayat dari Abu Dzarr ra Dia berkata: "Nabi
s.a.w mengulang-ulangi satu ayat sehingga pagi."
Ayat itu adalah: "Jika Engkau siksa mereka, sesungguhnya
mereka adalah hamba-hamba-Mu" Surah
Al-Maidah: 118
(Riwayat Nasa'I dan Ibnu Majah)
Diriwayatkan dari Tamim Ad-Dariy ra bahawa dia
mengulang-ulang ayat
ini sehingga pagi: "Apakah orang-orang yang
melakukan kejahatan itu
menyangka
bahawa Kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan
mengerjakan amal shaleh." (QS Al-Jaathiyah 45:21)
Diriwayatkan dari Ubbad bin Hamzah, katanya: Aku masuk
kepada
Asma'ra dan dia sedang membaca: "Maka Allah s.w.t memberikan
anugerah kepada kami dan memelihara kami dari siksa neraka."
(QS Ath-Thuur 52:27)
Maka saya berhenti di sampingnya dan Asma' terus
mengulanginya serta
berdoa. Saya cukup lama berhenti di situ, maka aku pergi
ke pasar. Setelah selesai membeli keperluan-keperluanku, aku kembali lagi
padanya dan dia masih mengulang-ulang bacaan ayat tersebut dan berdoa. Kami
meriwayatkan kisah ini dari Aisyah ra.
Ibnu Mas'ud mengulang-ulang ayat: "Ya Tuhanku, tambahilah
ilmuku."
(QS Thaha: 114)
Said bin Jubair mengulang-ulang ayat: "Dan peliharalah dirimu
dari (siksa yang berlaku pada) hari yang pada waktu itu kamu dikembalikan
kepada Allah s.w.t." (QS Al-Baqarah 2:281)
Dia juga mengulang-ulang ayat: "Kelak mereka akan
mengetahui belenggu dan rantai diikatkan di leher mereka" (QS Al-Mu'min 40:70-71)
Dia juga mengulang-ulang ayat: "Apakah
yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha
Pemurah."
(QS Al-Infithar 82:6)
Dhohak apabila membaca firman Allah s.w.t sebagai berikut
dia
mengulang-ulang sehingga waktu sahur. Iaitu firman Allah
s.w.t: "Bagi mereka lapisan-lapisan dari api atas mereka dan di bawah
mereka pun lapisan-lapisan (dari Api) juga." (QS Az-Zumar 9:16)
Fasal Tentang
Menangis ketika membaca Al-Qur'an. Telah
diterangkan dalam dua fasal yang terdahulu berkaitan dengan hal-hal yang
menimbulkan tangis ketika
membaca Al-Qur'an. Menangis ketika membaca Al-Qur'an
merupaan sifat orang-orang yang arif dan syiar hamba-hamba Allah Yang shaleh.
Allah
berfirman: "Dan mereka menyukur atas
muka mereka sambil menangis
dan
mereka bertambah khusyuk." (QS Al-Israa 17:109)
Diriwayatkan sejumlah hadits dan athar Salaf. Antara
lain,
diriwayatkan dari Nabi s.a.w sabdanya: "Bacalah Al-Qur'an dan
menangislah. Jika kamu tidak menangis, maka usahakanlah supaya menangis."
Diriwayatkan dari Umar Ibnul Khattab ra bahawa dia
mengimami jamaah sembahyang Subuh dan membaca Surah Yusuf. Dia menangis hingga
mengalir air matanya hingga membasahi tulang bahunya. Dalam suatu riwayat,
kejadian itu berlangsung dalam sembahyang Isyak. Maka hal itu menunjukkan
berlakunya pengulangan bacaan. Dalam suatu riwayat, dia menangis hingga mereka
mendengar tangisannya dari belakang shaf-shaf. Diriwayatkan dari Abu Raja',
katanya: "Kulihat Ibnu Abbas di bawah kedua matanya nampak bekas seperti
tali selipar yang usang lantaran air mata."
Diriwayatkan dari Abu Shahih, katanya: Beberapa orang
datang dari Yaman menemui Abu Bakar Ash-Shiddiq ra mereka membaca Al-Qur'an dan
mereka menangis. Kemudian Abu Bakar berkata: "Demikianlah keadaan kami jika
membaca Al-Qur’an."
Diriwayatkan dari Hisyam, katanya: "Terkadang aku
mendengar
tangis Muhammad bin Sirin pada waktu malam ketika dia
sedang sembahyang."
Banyak atsar yang menerangkan yang demikian itu yang
tidak mungkin menghitungnya. Apa yang telah saya kemukakan dan saya tunjukkan
kiranya sudah memadai. Wallahua'lam.
Imam Abu Hamid Al-Ghazali berkata: "Menangis itu
disunahkan pada waktu membaca Al-Qur'an. Cara dapat menangis adalah
menghadirkan kesedihan di dalam hati dengan merenungkan peringatan dan ancaman
keras serta janji-janji yang terdapat di dalamnya, kemudian merenungi dosa-dosa
yang terlanjur diperbuat." Jika tidak bisa menimbulkan kesedihan dan
tangisan sebagaimana dialami oleh orang-orang terpilih, maka hendaklah dia
menangis atas kegagalan itu kerana hal itu termasuk musibah yang besar.
Mohon Maaf, Kepada Semua Sahabat, Atas Ketidak Nyamanannya, Dengan adanya Shortener Di Link Download. Mohon Keridhoannya. Terima Kasih.**** Apabila kesulitan Download Silahkan buka/klik gambar(Cara Download) kalau Di hp, Geser kebawah. Apabila masih kesulitan, silahkan copy paste link download yang ada, kebrowser.*** Apabila ada link Download yg rusak/mati, mohon beritahu kami lewat komentar dibawah ini.
Silahkan Bagikan Artikel ini
Related Posts :