TERJEMAH KITAB
"At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Qur’an"
 Abu Zakariya Yahya Muhyiddin bin Syaraf bin Hizam An-Nawawi


Fasal 8
ADAB DAN ETIKA MEMBACA AL-QUR'AN

فصل ٨ في آداب القرآن
وينبغي أن يرتل قراءته وقد اتفق العلماء رضي الله عنهم على استحباب الترتيل قال الله تعالى ورتل القرآن ترتيلا وثبت عن أم سلمة رضي الله عنها أنها نعتت قراءة رسول الله قراءة مفسرة حرفا حرفا رواه أبو داود والنسائي والترمذي قال الترمذي حديث حسن صحيح وعن معاوية بن قرة رضي الله عنه عن عبدالله بن مغفل رضي الله عنه قال رأيت رسول الله يوم فتح مكة على ناقته يقرأ سورة الفتح يرجع في قراءته رواه البخاري ومسلم وعن ابن عباس رضي الله عنهما قال لأن أقرأ سورة أرتلها أحب إلي من أن أقرأ القرآن كله وعن مجاهد أنه سئل عن رجلين قرأ أحدهما البقرة وآل عمران والآخر البقرة وحدها وزمنهما وركوعهما وسجودهما وجلوسهما واحد سواء فقال الذي قرأ البقرة وحدها أفضل وقد نهي عن الإفراط في الإسراع ويسمى الهذرمة فثبت عن عبدالله بن مسعود أن رجلا قال له إني أقرأ المفصل في ركعة واحدة فقال عبدالله بن مسعود هكذا هكذا الشعر إن أقواما يقرؤون القرآن لا يجاوز تراقيهم ولكن إذا وقع القلب فرسخ فيه نفع رواه البخاري ومسلم وهذا لفظ مسلم في إحدى رواياته قال العلماء والترتيل مستحب للتدبر ولغيره قالوا يستحب الترتيل للعجمي الذي لا يفهم معناه لأن ذلك أقرب إلى التوقير والاحترام وأشد تأثيرا في القلب


Bacalah Al-Qur’an dengan Tartil

Hendaklah membaca Al-Qur'an dengan tartil. Para ulama telah sependapat atas anjuran melakukan tartil. Allah berfirman: "Dan bacalah Al-Qur'an itu dengan tartil." (QS Al-Muzzammil 73:4)
Diriwayatkan dari Ummi Salamah ra bahawa dia menggambarkan bacaan Rasulullah s.a.w sebagai bacaan yang jelas huruf demi huruf." (Riwayat Abu Dawud, Nasa'I dan Tirmidzi. Tirmidzi berkata: hadits hasan sahih)
Diriwayatkan dari Mu'awiyyah bin Qurrah ra dari Abdullah bin Mughaffal ra dia berkata:  "Aku melihat Rasulullah s.a.w pada hari penaklukan Mekah di atas untanya sedang membaca Surah Al-Fatihah dan mengulang-ulang bacaannya." (Riwayat Bukhari & Muslim)
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra Dia berkata: "Aku lebih suka membaca satu surah secara tartil daripada membaca Al-Qur'an seluruhnya."
Diriwayatkan dari Mujahid bahawa dia ditanya tentang dua orang, seorang membaca surah Al-Baqarah dan Ali-Imran sedangkan lainnya membaca surah Al-Baqarah saja. Waktunya, rukuk, sujud dan duduknya sama. Mujahid menjawab: "Orang yang membaca Surah Al-Baqarah saja lebih baik."
Dilarang membaca Al-Qur'an secara asal jadi dengan cepat sekali. Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud bahawa seorang lelaki berkata kepadanya: "Aku membaca Al-Mufashshal dalam satu rakaat." Maka Abdullah bin Mas'ud menjawab: "Demikianlah, demikianlah syair itu. Sesungguhnya ada orang yang membaca Al-Qur'an dan tidak melampaui tenggorokan mereka. Bagaimanapun jika masuk di hati dan menjadi kukuh di dalamnya, maka ia pun berguna." (Riwayat Bukhari & Muslim)
Para ulama berkata: "Membaca Al-Qur'an dengan tartil itu disunahkan untuk merenungkan artinya." Mereka berkata: "Membaca dengan tartil disunahkan bagi orang bukan Arab yang tidak memahami maknanya kerana hal itu lebih dekat kepada pengagungan dan penghormatan serta lebih berpengaruh di dalam hati."