TERJEMAH KITAB
"At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Qur’an"
 Abu Zakariya Yahya Muhyiddin bin Syaraf bin Hizam An-Nawawi


فصل ١٦ في آداب القرآن
ينبغي للقارئ إذا ابتدأ من وسط السورة أو وقف على غير آخرها أن يبتدئ من أول الكلام المرتبط بعضه ببعض وأن يقف على الكلام المرتبط ولا يتقيد بالأعشار والأجزاء فإنها قد تكون في وسط الكلام المرتبط كالجزء الذي في قوله تعالى وما نفسي وفي قوله تعالى فما كان جواب قومه وقوله تعالى ومن يقنت منكن لله ورسوله وفي قوله تعالى وما أنزلنا على قومه من بعده من جند من السماء وفي قوله تعالى إليه يرد علم الساعة وفي قوله تعالى وبدا لهم سيئات وفي قوله قال فما خطبكم أيها المرسلون وكذلك الأحزاب كقوله تعالى واذكروا الله في أيام معدودات وقوله تعالى قل هل أنبئكم بخير من ذلكم فكل هذا وشبيهه ينبغي أن يبتدأ به ولا يوقف عليه فإنه متعلق بما قبله ولا يغترن بكثرة الغافلين له من القراء الذين لا يراعون هذه الآداب ولا يفكرون في هذه المعاني وامتثل ما روى الحاكم أبو عبدالله بإسناده عن السيد الجليل الفضيل بن عياض رضي الله عنه قال لا تستوحش طرق الهدى لقلة أهلها ولا تغترن بكثرة الهالكين ولا يضرك قلة السالكين ولهذا المعنى قالت العلماء قراءة سورة قصيرة بكاملها أفضل من قراءة بعض سورة طويلة بقدر القصيرة فإنه قد يخفى الارتباط على بعض الناس في بعض الأحوال وقد روى ابن أبي داود بإسناده عن عبدالله بن أبي الهذيل التابعي المعروف رضي الله عنه قال كانوا يكرهون أن يقرؤوا بعض الآية ويتركوا بعضها فصل في أحوال تكره فيها القراءة اعلم أن قراءة القرآن على الإطلاق إلا في أحوال مخصوصة جاء الشرع بالنهي عن القراءة فيها وأنا أذكر الآن ما حضرني منها مختصرة بحذف الأدلة فإنها مشهورة فتكره القراءة في حالة الركوع والسجود والتشهد وغيرها من أحوال الصلاة سوى القيام وتكره القراءة بما زاد على الفاتحة للمأموم في الصلاة الجهرية إذا سمع قراءة الإمام وتكره حالة القعود على الخلاء وفي حالة النعاس وكذا إذا استعجم عليه القرآن وكذا في حالة الخطبة لمن يسمعها ولا تكره لمن لم يسمعها بل تستحب هذا هو المختار الصحيح وجاء عن طاوس كراهيتها وعن إبراهيم عدم الكراهة فيجوز أن يجمع بين كلاميهما بما قلنا كما ذكره أصحابنا ولا تكره القراءة في الطواف هذا مذهبنا وبه قال أكثر العلماء وحكاه ابن المنذر عن عطاء ومجاهد وابن المبارك وأبي ثور وأصحاب الرأي وحكي عن الحسن البصري وعروة بن الزبير ومالك كراهتها في الطواف والصحيح الأول وقد تقدم بيان الاختلاف في القراءة في الحمام وفي الطريق وفيمن فمه نجس

Fasal 16.  
Mulai baca Al-Qur’an dari tengah surat Atau berhenti tidak pada ahir surat


Jika pembaca memulai dari tengah surah atau berhenti di tempat yang bukan akhirnya, agar memulai permulaan kalam yang saling berkaitan antara satu sama lain (dan berhenti pada kalam berkenaan), serta tidak terikat dengan bahagian-bahagiannya kerana boleh terjadi di tengah kalam yang berhubungan seperti bagian (juzuk) yang terdapat dalam Firman Allah swt: "Dan (haram juga kamu mengawini) wanita yang bersuami" (QS An-Nisa 4:24)
Dan firman Allah swt: "Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan)" (QS Yusuf 12:53)
"Maka tidak lain jawaban kaumnya." (QS An-Naml 27:56)
"Dan barangsiapa di antara kamu sekalian (isteri-isteri Nabi) tetap taat kepada Allah swt dan Rasul-Nya." (QS Al-Ahzab 33:31)
Dan firman Allah swt:  "Dan kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah dia (meninggal dunia) suatu pasukan pun dari langit." (QS Yaasin 36:28) "Kepada-Nyalah dikembalikan pengetahuan tentang kiamat." (QS Fushshilat 41:47)
"Dan (jelaslah) bagi mereka akibat buruk dari apa yang telah mereka perbuat."(QS Az-Zumar 9:48)
 "Ibrahim bertanya, 'Apakah urusanmu, wahai para utusan.'" (QS Adz-Dzaariyaat 51: 31)
Demikian jugalah dalam firman Allah swt: "Dan berdzikirlah (dengan menyebut) Allah swt dalam beberapa hari yang tertentu." (QS Al-Baqarah 2:203)
"Katakanlah, 'Ingatlah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik daripada yang demikian itu." (QS Ali-Imran 3:15)
Maka semua itu dan yang seumpamanya, sepatutnya pembaca Al-Qur'an tidak memulai dengannya dan tidak berhenti di situ kerana itu berkaitan dengan yang sebelumnya. Janganlah keliru kerana banyaknya pembaca yang lalai dan tidak memperhatikan adab-adab ini dan tidak pula memikirkan makna- maknanya.
Ikutilah pendapat yang diriwayatkan oleh Al-Hakim Abu Abdillah dengan isnadnya dari As-Sayyid yang mulai Al-Fudhail bin 'Iyadh ra katanya: "Janganlah merasa kesepian di jalan kebenaran kerana sedikit pengikutnya dan jangan terpedaya dengan banyaknya orang yang rosak dan janganlah mengganggumu kerana kurangnya orang-orang yang menempuhnya."
Untuk makna inilah para ulama berkata: "Membaca suatu surah yang pendek secara lengkap lebih baik daripada membaca sebahagian surah panjang seperti surah pendek kerana kadang-kadang sebahagian orang tidak mengetahui hubungannya dalam sebahagian keadaan."
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Dawud dengan isnadnya dari Abdullah bin Abul Huzail ra. seorang tabi'in terkenal, katanya: "Mereka tidak suka membaca sebahagian ayat dan meninggalkan sebahagiannya." 
Makruh membaca Al-Qur'an dalam beberapa keadaan.
 Ingatlah bahawa membaca Al-Qur'an disunahkan secara mutlak, kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu dilarang oleh syarak. Saya sebutkan sebahagian yang saya ingat secara ringkas tanpa menyebut dalil-dalilnya kerana cukup mahsyur.
Makruh membaca Al-Qur'an dalam keadaan rukuk, sujud dan tasyahud serta keadaan-keadaan sembahyang lainnya, kecuali jika berdiri. Makruh membaca lebih dari Al-Fatihah bagi makmum dalam keadaan sembahyang yang dikeraskan bacaannya jika dia mendengar bacaan imam. Dan makruh pula membacanya dalam keadaan duduk di tempat buang hajat dan dalam keadaan mengantuk. Juga dihukumkan makruh mambacanya jika menemui kesukaran, demikian pula dalam keadaan khutbah bagi orang yang mendengarnya.
Tidaklah dihukumkan makruh bagi orang yang tidak mendengarnya, bahkan diutamakan untuk membacanya.
Inilah pendapat yang terpilih dan sahih.
Diriwayatkan daripada Thawus berkenaan dengan hukum makruhnya dan Ibrahim berpendapat tidak makruh. Boleh digabung antara kedua pendapat itu dengan apa yang kami katakan sebagaimana disebutkan oleh sahabat kami.
Tidak makruh membaca Al-Qur'an ketika tawaf. Ini adalah mazhab kami dan mazhab sebahagian besar ulama. Ibnu Mundzir menceritakannnya dari 'Atha', Mujahid, Ibnul Mubarak, Abu Thaur dan Ashabur Ra'yi.
Diceritakan dari Hasan Al-Bashri, Urwah bin Zubair dan Malik, mengenai makruhnya membaca Al-Qur'an ketika thawaf. Pendapat yang lebih sahih adalah pendapat pertama. Telah dijelaskan sebelumnya tentang perselisihan berkenaan dengan membaca Al-Qur'an di tempat mandi dan di jalan serta orang yang di mulutnya ada najis.