TERJEMAH KITAB
"At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Qur’an"
 Abu Zakariya Yahya Muhyiddin bin Syaraf bin Hizam An-Nawawi



فصل ١٤ في آداب القرآن
قال العلماء الاختيار أن يقرأ على ترتيب المصحف فيقرأ الفاتحة ثم البقرة ثم آل عمران ثم ما بعدها على الترتيب وسواء قرأ في الصلاة أو في غيرها حتى قال بعض أصحابنا إذا قرأ في الركعة الأولى سورة قل أعوذ برب الناس يقرأ في الثانية بعد الفاتحة من البقرة قال بعض أصحابنا ويستحب إذا قرأ سورة أن يقرأ بعدها التي تليها ودليل هذا أن ترتيب المصحف إنما جعل هكذا لحكمة فينبغي أن يحافظ عليها إلا فيما ورد المشرع باستثنائه كصلاة الصبح يوم الجمعة يقرأ في الأولى سورة السجدة وفي الثانية هل أتى على الإنسان وصلاة العيد في الأولى قاف وفي الثانية اقتربت الساعة وركعتين سنة الفجر في الأولى قل يا أيها الكافرون وفي الثانية قل هو الله أحد وركعات الوتر في الأولى سبح اسم ربك الأعلى وفي الثانية قل يا أيها الكافرون وفي الثالثة قل هو الله أحد والمعوذتين ولو خالف الموالاة فقرأ سورة لا تلي الأولى أو خالف الترتيب فقرأ سورة ثم قرأ سورة قبلها جاز فقد جاء بذلك آثار كثيرة وقد قرأ عمر بن الخطاب رضي الله عنه في الركعة الأولى من الصبح بالكهف وفي الثانية بيوسف وقد كره جماعة مخالفة ترتيب المصحف وروى ابن أبي داود عن الحسن أنه كان يكره أن يقرأ القرآن إلا على تأليفه في المصحف وبإسناده الصحيح عن عبدالله بن مسعود رضي الله عنه أنه قيل له إن فلانا يقرأ القرآن منكوسا فقال ذلك منكوس القلب وأما قراءة السور من آخرها إلى أولها فممنوع منعا متأكدا فإنه يذهب بعض ضروب الإعجاز ويزيل حكمة ترتيب الآيات وقد روى ابن أبي داود عن إبراهيم النخعي الإمام التابعي الجليل والإمام مالك بن أنس أنهما كرها ذلك وأن مالكا كان يعيبه ويقول هذا عظيم وأما تعليم الصبيان من آخر المصحف إلى أوله فحسن ليس هذا من هذا الباب فإن ذلك قراءة متفاضلة في أيام متعددة مع ما فيه من تسهيل الحفظ عليهم والله أعلم

Fasal 14
Membaca Al-Qur’an secara urutan mushaf

Para ulama berkata: "Pendapat yang lebih terpilih adalah membaca menurut tertib Mushaf, maka dia baca Al-Fatihah, kemudian Al-Baqarah, kemudian Ali-Imran, kemudian surah-surah sesudahnya menurut tertibnya, sama saja dia membaca dalam sembahyang atau di luarnya. Salah seorang sahabat kami mengatakan: "Jika dia membaca pada rakaat pertama surah Qul A'Udzu bi rabbin Naas, maka dia baca ayat sesudah Al-Fatihah dari surah Al- Baqarah."
Salah seoang sahabat kami berkata: Disunahkan jika membaca suatu surah agar membaca surah berikutnya. Dalil ini ialah bahawa tertib Mushaf dijadikan demikian kerana mengandung suatu hikmah. Maka patutlah dia memeliharanya, kecuali sesuatu yang telah ditentukan dalam syarak yang merupakan pengecualian, seperti sembahyang Subuh pada hari Jum’at.
Rakaat pertama dalam sembahyang Subuh membaca surah As-Sajadah dan rakaat kedua surah Al-Insan. Dan sembahyang Hari Raya pada rakaat pertama membaca surah Qaaf dan rakaat kedua membaca surah Iqtarabatis saa'atu.
Dalam dua rakaat sembahyang sunat Fajar, pada rakaat pertama membaca surah Qulyaa ayyuhal kaafiruun dan rakaat kedua membaca Qul huwAllah hu Ahad. Dan tiga rakaat sembahyang witir, pada rakaat pertama, membaca surah Al-A'laa dan pada rakaat kedua membaca surah Qul yaa ayyuhal Kaafiruun dan pada rakaat ketiga membaca, Qul Huwallahu Ahad dan Al-Mu'awwidzatain.
Sekiranya tidak berturutan dengan membaca surah yang bukan surah berikutnya atau menyalahi tertib dan membaca suatu surah, kemudian membaca surah sebelumnya, hal itu diharuskan. Banyak atsar diriwayatkan berkenaan dengan perkara tersebut.
Umar Ibnul Khattab ra. telah membaca surah Al-Kahfi pada rakaat pertama sembahyang Subuh dan surah Yusuf pada rakaat kedua. Bagaimanapun, sejumlah ulama tidak menyukai jika menyalahi tertib Mushaf.
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Dawud dari Al-Hasan, bahawa dia tidak suka membaca Al-Qur'an kecuali menurut tertibnya dalam Mushaf. Dan dia meriwayatkan dengan isnadnya yang shahih dari Abdullah bin Mas'ud ra bahawa dikatakan kepadanya: "Si fulan membaca Al-Qur'an terbalik, bagaimana pendapatmu?" Abdullah menjawab: "Orang itu terbalik hatinya."
Sementara membaca surah mulai dari akhir hingga awalnya, dilarang dengan tegas. Kerana perbuatan itu menghilangkan berbagai-bagai I'jaaz dan hikmah dari tertibnya ayat-ayat. Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Dawud dari Ibrahim An-Nakha'I seorang imam tabi'in yang mulia dan Imam Malik bin Anas bahawa keduanya tidak menyukai hal itu. Malik mencela perbuatan itu dan berkata: "Ini dosa besar."
Manakala mengajari anak-anak kecil dari akhir Mushaf hingga awalnya, maka itu adalah baik dan bukan termasuk bahagian ini. Sesungguhnya itu adalah bacaan untuk hari-hari yang berbeza-beza di samping memudahkan mereka menghafalnya. Wallahua'lam.