TERJEMAH KITAB
"At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Qur’an"
 Abu Zakariya Yahya Muhyiddin bin Syaraf bin Hizam An-Nawawi

فصل ٢١ في آداب القرآن
أجمع المسلمون على استحباب الجهر بالقراءة في الصبح والجمعة والعيدين والأولتين من المغرب والعشاء وفي صلاة التراويح والوتر عقيبها وهذا مستحب للإمام والمنفرد بما ينفرد به منها وأما المأموم فلا يجهر بالإجماع ويسن الجهر في صلاة كسوف القمر ولا يجهر في كسوف الشمس ويجهر في الاستقاء ولا يجهر في الجنازة إذا صليت بالنهار وكذا في الليل على المذهب الصحيح المختار ولا يجهر في نوافل النهار غير ما ذكرناه من العيد والاستقاء واختلف أصحابنا في نوافل الليل فالأظهر أنه لا يجهر والثاني أنه يجهر والثالث وهو الأصح وبه قطع القاضي حسين والبغوي يقرأ بين الجهر والإسرار ولو فاته صلاة بالليل فقضاها بالنهار أو بالنهار فقضاها بالليل فهل يعتبر في الجهر والإسرار وقت الفوات أم وقت القضاء فيه وجهان لأصحابنا أظهرهما الاعتبار بوقت القضاء ولو جهر في موضع الإسرار أو أسر في موضع الجهر فصلاته صحيحة ولكنه ارتكب المكروه ولا يسجد للسهو واعلم أن الإسرار في القراءة والتكبيرات وغيرهما من الأذكار هو أن يقوله بحيث يسمع نفسه ولا بد من نطقه بحيث يسمع نفسه إذا كان صحيح السمع ولا عارض له فإن لم يسمع نفسه لم تصح قراءته ولا غيرها من الأذكار بلا خلاف


FASAL 21
MEMBACA DENGAN SUARA KERAS DALAM SHOLAT

Para Ulama muslim sependapat atas sunahnya membaca dengan suara kuat dalam sembahyang Subuh, Jumaat, dua hari raya dan dua rakaat dari sembahyang Maghrib dan Isyak, sembahyang Tarawih dan Witir sesudahnya. Ini adalah mustahab bagi imam dan orang yang sembahyang sendirian. Sementara makmum, maka ia tidak menguatkan suaranya sesuai dengan ijmak. Sunah membaca dengan suara kuat dalam sembahyang gerhana bulan dan tidak membaca dengan keras dalam sembahyang gerhana Matahari, membaca dengan keras dalam sembahyang Istisqa' (minta hujan) dan tidak membaca dengan suara kuat dalam sembahyang jenazah, jika sembahyangnya berlangsung pada waktu siang, demikian jugalah di malam hari menurut madzhab yang sahih dan terpilih.
Tidak membaca dengan suara kuat dalam sembahyang nawafil siang hari kecuali sembahyang Hari Raya dan Istisqa'. Para sahabat kami berlainan pendapat berkenaan dengan sembahyang nawafil(sunah) di malam hari. Pendapat yang lebih tepat adalah tidak membaca dengan suara kuat. Pendapat kedua membaca dengan suara kuat. Pendapt ketiga, yaitu yang lebih sahih dan didukung bersama oleh Al-Qadhi Husain dan Al-Baghawi ialah membaca antara kuat dan pelan.
Sekiranya tertinggal sembahyang pada waktu malam, kemudian dia mengqadhanya pada waktu siang atau tertinggal pada waktu siang dan mengqadahnya di malam hari, sama saja dikira dalam bacaan kuat dan bacaan pelan waktu yang tertinggal itu ataukah waktu qadha?
Berkenaan dengan perkara tersebut ada dua pendapat dari pada sahabat kami. Pendapat yang lebih tepat adalah dikira waktu qadha.
Sekiranya membaca dengan kuat di tempat bacaan pelan atau membaca dengan pelan di tempat bacaan kuat, maka sembahyangnya sah, tetapi melakukan perbuatan yang makruh dan tidak sujud karena lupa. Ingatlah bahwa bersuara pelan dalam mereka membaca Al-Qur'an, takbir dan dzikir-dzikir lainnya adalah dengan mengucapkannya sehingga terdengar oleh dirinya dan mesti diucapkan kalau pendengarannya sehat dan tidak ada penghalangnya. Jika dirinya tidak mendengar bacaannya, maka tidak sah bacaannya ataupun dzikir-dzikir lainnya tanpa ada perselisihan.