Silahkan Bagikan Artikel ini
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
اللهُم َّصلِّ علٰى سَيِّدنا مُحَمّدٍ عبدِكَ وَنبيِّكَ ورسولِكَ النَّبيِّ الاُمِيّ وَعلٰى اٰلهِ وَصَحْبِهِ وسَلِّم تسليماً بقدرِ عظمةِ ذاَتِكَ في كـُلِّ وَقتٍ وَحيـنٍ
TERJEMAH KITAB
"At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Qur’an"
Abu
Zakariya Yahya Muhyiddin bin Syaraf bin Hizam An-Nawawi
فصل ٢١ في آداب القرآن
أجمع
المسلمون على استحباب الجهر بالقراءة في الصبح والجمعة والعيدين والأولتين من
المغرب والعشاء وفي صلاة التراويح والوتر عقيبها وهذا مستحب للإمام والمنفرد بما
ينفرد به منها وأما المأموم فلا يجهر بالإجماع ويسن الجهر في صلاة كسوف القمر ولا
يجهر في كسوف الشمس ويجهر في الاستقاء ولا يجهر في الجنازة إذا صليت بالنهار وكذا
في الليل على المذهب الصحيح المختار ولا يجهر في نوافل النهار غير ما ذكرناه من
العيد والاستقاء واختلف أصحابنا في نوافل الليل فالأظهر أنه لا يجهر والثاني أنه
يجهر والثالث وهو الأصح وبه قطع القاضي حسين والبغوي يقرأ بين الجهر والإسرار ولو
فاته صلاة بالليل فقضاها بالنهار أو بالنهار فقضاها بالليل فهل يعتبر في الجهر
والإسرار وقت الفوات أم وقت القضاء فيه وجهان لأصحابنا أظهرهما الاعتبار بوقت
القضاء ولو جهر في موضع الإسرار أو أسر في موضع الجهر فصلاته صحيحة ولكنه ارتكب
المكروه ولا يسجد للسهو واعلم أن الإسرار في القراءة والتكبيرات وغيرهما من
الأذكار هو أن يقوله بحيث يسمع نفسه ولا بد من نطقه بحيث يسمع نفسه إذا كان صحيح
السمع ولا عارض له فإن لم يسمع نفسه لم تصح قراءته ولا غيرها من الأذكار بلا خلاف
FASAL
21
MEMBACA
DENGAN SUARA KERAS DALAM SHOLAT
Para
Ulama muslim sependapat atas sunahnya membaca dengan suara kuat dalam
sembahyang Subuh, Jumaat, dua hari raya dan dua rakaat dari sembahyang Maghrib
dan Isyak, sembahyang Tarawih dan Witir sesudahnya. Ini adalah mustahab bagi
imam dan orang yang sembahyang sendirian. Sementara makmum, maka ia tidak
menguatkan suaranya sesuai dengan ijmak. Sunah membaca dengan suara kuat dalam
sembahyang gerhana bulan dan tidak membaca dengan keras dalam sembahyang
gerhana Matahari, membaca dengan keras dalam sembahyang Istisqa' (minta hujan)
dan tidak membaca dengan suara kuat dalam sembahyang jenazah, jika
sembahyangnya berlangsung pada waktu siang, demikian jugalah di malam hari
menurut madzhab yang sahih dan terpilih.
Tidak
membaca dengan suara kuat dalam sembahyang nawafil siang hari kecuali
sembahyang Hari Raya dan Istisqa'. Para sahabat kami berlainan pendapat
berkenaan dengan sembahyang nawafil(sunah) di malam hari. Pendapat yang lebih
tepat adalah tidak membaca dengan suara kuat. Pendapat kedua membaca dengan
suara kuat. Pendapt ketiga, yaitu yang lebih sahih dan didukung bersama oleh
Al-Qadhi Husain dan Al-Baghawi ialah membaca antara kuat dan pelan.
Sekiranya
tertinggal sembahyang pada waktu malam, kemudian dia mengqadhanya pada waktu
siang atau tertinggal pada waktu siang dan mengqadahnya di malam hari, sama
saja dikira dalam bacaan kuat dan bacaan pelan waktu yang tertinggal itu
ataukah waktu qadha?
Berkenaan
dengan perkara tersebut ada dua pendapat dari pada sahabat kami. Pendapat yang
lebih tepat adalah dikira waktu qadha.
Sekiranya
membaca dengan kuat di tempat bacaan pelan atau membaca dengan pelan di tempat
bacaan kuat, maka sembahyangnya sah, tetapi melakukan perbuatan yang makruh dan
tidak sujud karena lupa. Ingatlah bahwa bersuara pelan dalam mereka membaca
Al-Qur'an, takbir dan dzikir-dzikir lainnya adalah dengan mengucapkannya
sehingga terdengar oleh dirinya dan mesti diucapkan kalau pendengarannya sehat
dan tidak ada penghalangnya. Jika dirinya tidak mendengar bacaannya, maka tidak
sah bacaannya ataupun dzikir-dzikir lainnya tanpa ada perselisihan.
Mohon Maaf, Kepada Semua Sahabat, Atas Ketidak Nyamanannya, Dengan adanya Shortener Di Link Download. Mohon Keridhoannya. Terima Kasih.**** Apabila kesulitan Download Silahkan buka/klik gambar(Cara Download) kalau Di hp, Geser kebawah. Apabila masih kesulitan, Silahkan copy paste link download yang ada, kebrowser.*** Apabila ada link Download yg rusak/mati, mohon beritahu kami lewat komentar dibawah ini.
Title : (FASAL 21) MEMBACA DENGAN SUARA KERAS DALAM SHOLAT (At-Tibyan)
Description : TERJEMAH KITAB "At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Qur’an" Abu Zakariya Yahya Muhyiddin bin Syaraf bin Hizam An-Nawawi ...
Silahkan Bagikan Artikel ini