Silahkan Bagikan Artikel ini
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
اللهُم َّصلِّ علٰى سَيِّدنا مُحَمّدٍ عبدِكَ وَنبيِّكَ ورسولِكَ النَّبيِّ الاُمِيّ وَعلٰى اٰلهِ وَصَحْبِهِ وسَلِّم تسليماً بقدرِ عظمةِ ذاَتِكَ في كـُلِّ وَقتٍ وَحيـنٍ
TERJEMAH KITAB
"At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Qur’an"
Abu
Zakariya Yahya Muhyiddin bin Syaraf bin Hizam An-Nawawi
Fasal 11
ADAB DAN ETIKA MEMBACA AL-QUR'AN
فصل ١١ في
آداب القرآن
لا تجوز قراءة القرآن بالعجمية سواء
أحسن العربية أو لم يحسنها سواء كان في الصلاة أم في غيرها فإن قرأ بها في الصلاة
لم تصح صلاته هذا مذهبنا ومذهب مالك وأحمد وداود وأبو بكر بن المنذر وقال أبو
حنيفة يجوز ذلك وتصح به الصلاة وقال أبو يوسف ومحمد يجوز ذلك لمن لم يحسن العربية
ولا يجوز لمن يحسنها
(Fasal
11) Membaca Al-Qur’an dengan bahasa arab
Tidak boleh membaca Al-Qur'an dengan
selain bahasa Arab, sama saja dia bisa berbahasa Arab dengan baik atau tidak,
sama saja di dalam sembahyang ataupun di luar sembahyang. Jika dia membaca
Al-Qur'an dalam sembahyang dengan selain bahasa Arab, maka sembahyangnya tidak
sah. Ini adalah madzhab kami dan madzhab Imam Malik, Ahmad, Dawud dan Abu Bakar
Ibnul Mundzir. Sedangkan Abu Hanifah berkata: "Diharuskan membaca dengan
selain bahasa Arab dan sembahyangnya sah."
Abu Yusuf dan Muhammad berkata:
"Boleh bagi orang yang tidak baik bahasa Arabnya dan tidak boleh bagi
orang yang boleh membaca bahasa Arab dengan baik."
فصل ١٢ في
آداب القرآن
وتجوز قراءة القرآن بالقراءات السبع
المجمع عليها ولا يجوز بغير السبع ولا بالروايات الشاذة المنقولة عن القراء السبعة
وسيأتي في الباب السابع إن شاء الله تعالى اتفاق الفقهاء على استتابة من أقرأ
بالشواذ أو قرأ بها وقال أصحابنا وغيرهم لو قرأ بالشواذ في الصلاة بطلت صلاته إن
كان عالما وإن كان جاهلا لم تبطل ولم تحسب له تلك القراءة وقد نقل الإمام أبو عمر
بن عبدالبر الحافظ إجماع المسلمين على أنه لا تجوز القراءة بالشاذ وأنه لا يصلى خلف
من يقرأ بها قال العلماء من قرأ الشاذ إن كان جاهلا به أو بتحريمه عرف بذلك فإن
عاد إليه أو كان عالما به عزر تعزيرا بليغا إلى أن ينتهي عن ذلك ويجب على كل متمكن
من الإنكار عليه ومنعه الإنكار والمنع
(Fasal
12) Membaca Al-Qur'an dengan tujuh qiroat
Diharuskan membaca Al-Qur'an dengan
tujuh qiraat seperti bacaan yang disetujui. Dan tidak boleh dengan selain yang
tujuh bacaan itu dan tidak pula dengan riwayat-riwayat asing yang ditulis
(diambil) dari ketujuh ahli qiraah itu.
Akan dijelaskan dalam bahagian
ketujuh InsyaAllah swt berkenaan dengan kesepakatan para fuqaha untuk menyuruh
bertaubat bagi orang yang membaca dengan bahasa asing apabila dia membacanya demikian.
Sahabat kami dan lainnya berkata: "Sekiranya membaca dengan bahasa asing
di dalam sembahyang, batallah sembahyangnya jika dia mengetahui. Jika tidak
mengetahui, maka tidak batal sembahyangnya dan tidak dikira bacaan itu baginya."
Imam Abu Umar bin Andul Bar
Al-Hafizh telah menulis jima'ul muslimin. Bahawa tidak boleh membaca dengan
bacaan yang asing (syadz) dan tidak boleh sembahyang di belakang orang yang
membaca dengan bacaan syadz. Para ulama berkata: "Barangsiapa membaca
dengan bacaan syadz sedang dia tidak mengetahuinya atau tidak mengetahui
pengharamannya, maka dia diberitahu tentang hal itu. Jika kembali melakukannya
atau dia mengetahui bacaan syadz itu, maka dia pun dihukum dengan keras hingga
berhenti melakukannya."
Setiap orang yang sanggup menegur
dan mencegahnya wajib menegur dan mencegahnya.
فصل ١٣ في
آداب القرآن
إذا ابتدأ بقراءة أحد القراء فينبغي
أن يستمر على القراءة بها ما دام الكلام مرتبطا فإذا انقضى ارتباطه فله أن يقرأ
بقراءة أحد من السبعة والأولى دوامه على الأولى في هذا المجلس
(Fasal
13) Tetap dalam bacaan salah seorang ahli qiro’ah
Jika dia memulai dengan bacaan salah
seorang ahli qiraah, maka hendaknya dia tetap dalam qiraah itu selama bacaannya
berkaitan dengannya. Kalau hubungannya berakhir, dia boleh membaca dengan
bacaan salah seorang dari ketujuh qari (yang mahir mambaca) Al-Qur'an. Pendapat
yang lebih utama adalah tetap dalam keadaan pertama di majlis itu.
Mohon Maaf, Kepada Semua Sahabat, Atas Ketidak Nyamanannya, Dengan adanya Shortener Di Link Download. Mohon Keridhoannya. Terima Kasih.**** Apabila kesulitan Download Silahkan buka/klik gambar(Cara Download) kalau Di hp, Geser kebawah. Apabila masih kesulitan, Silahkan copy paste link download yang ada, kebrowser.*** Apabila ada link Download yg rusak/mati, mohon beritahu kami lewat komentar dibawah ini.
Title : (Fasal 11-13) Tata cara Membaca Al-Qur’an (At-Tibyan)
Description : TERJEMAH KITAB "At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Qur’an" Abu Zakariya Yahya Muhyiddin bin Syaraf bin Hizam An-Nawaw...
Silahkan Bagikan Artikel ini