بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
اللهُم َّصلِّ علٰى سَيِّدنا مُحَمّدٍ عبدِكَ وَنبيِّكَ ورسولِكَ النَّبيِّ الاُمِيّ وَعلٰى اٰلهِ وَصَحْبِهِ وسَلِّم تسليماً بقدرِ عظمةِ ذاَتِكَ في كـُلِّ وَقتٍ وَحيـنٍ
TERJEMAH KITAB
"At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Qur’an"
Abu
Zakariya Yahya Muhyiddin bin Syaraf bin Hizam An-Nawawi
فصل ١٩ في آداب القرآن
إذا
كان يقرأ ماشيا فمر على قوم يستحب أن يقطع القراءة ويسلم عليهم ثم يرجع إلى
القراءة ولو أعاد التعوذ كان حسنا ولو كان يقرأ جالسا فمر عليه غيره فقد قال
الإمام أبو الحسن الواحدي الأولى ترك السلام على القارئ لاشتغاله بالتلاوة قال فإن
سلم عليه إنسان كفاه الرد بالإشارة قال فإن أراد الرد باللفظ رده ثم استأنف
الاستعاذة وعاود التلاوة وهذا الذي قاله ضعيف والظاهر وجوب الرد باللفظ فقد قال
أصحابنا إذا سلم الداخل يوم الجمعة في حال الخطبة وقلنا الإنصات سنة وجب له رد
السلام على أصح الوجهين فإذا قالوا هذا في حال الخطبة مع الاختلاف في وجوب الإنصات
وتحريم الكلام ففي حال القراءة التي لا يحرم الكلام فيها بالإجماع أولى مع أن رد
السلام واجب بالجملة والله أعلم وأما إذا عطس في حال القراءة فإنه يستحب أن يقول
الحمد لله وكذا لو كان في الصلاة ولو عطس غيره وهو يقرأ في غير الصلاة وقال الحمد
لله يستحب للقارئ أن يشمته فيقول يرحمك الله ولو سمع المؤذن قطع القراءة وأجابه
بمتابعته في ألفاظ الأذان والإقامة ثم يعود إلى قراءته وهذا متفق عليه عند أصحابنا
وأما إذا طلبت منه حاجة في حال القراءة وأمكنه جواب السائل بالإشارة المفهمة وعلم
أنه لا ينكسر قلبه ولا يحصل عليه شيء من الأذى للأنس الذي بينها بينهما ونحوه
فالأولى أن يجيبه بالإشارة ولا يقطع القراءة فإن قطعها جاز والله أعلم
فصل في أحكام نفيسة تتعلق بالقراءة في الصلاة أبالغ في اختصارها فإنها مشهورة في
كتب الفقه منها أنه يجب القراءة في الصلاة المفروضة بإجماع العلماء ثم قال مالك
والشافعي وأحمد وجماهير العلماء تتعين قراءة الفاتحة في كل ركعة وقال أبو حنيفة
وجماعة لا تتعين الفاتحة أبدا قال ولا تجب قراءة الفاتحة في الركعتين الأخيرتين
والصواب الأول فقد تظاهرت عليها الأدلة من السنة ويكفي من ذلك قوله في الحديث
الصحيح ولا تجزئ صلاة لا يقرأ فيها بأم القرآن وأجمعوا على استحباب قراءة السورة
بعد الفاتحة في ركعتي الصبح والأولتين من باقي الصلوات واختلفوا في استحبابها في
الثالثة والرابعة وللشافعي فيها قولان الجديد أنها لا تستحب والقديم أنها تستحب
قال أصحابنا وإذا قلنا إنها تستحب فلا خلاف أنه يستحب أن يكون أقل من القراءة في
الأولتين قالوا وتكون القراءة في الثالثة والرابعية سواء وهل تطول الأولى على
الثانية فيها وجهان أصحهما عند جمهور أصحابنا أنها لا تطول والثاني وهو الصحيح عند
المحققين أنها تطول وهو المختار للحديث الصحيح أن رسول الله كان يطول في الأولى ما
لا يطول في الثانية وفائدته أن يدرك المتأخر الركعة الأولى والله أعلم قال الشافعي
رحمه الله وإذا أدرك المسبوق مع الإمام الركعتين الأخيرتين من الظهر وغيرها ثم قام
إلى الإتيان بما بقي عليه استحب أن يقرأ السورة قال الجماهير من أصحابنا هذا على
القولين وقال بعضهم هذا على قوله يقرأ السورة في الأخيرتين أما على الآخر فلا
والصواب الأول لئلا تخلو صلاته من سورة والله أعلم هذا حكم الإمام المنفرد أما
المأموم فإن كانت صلاته سرية وجبت عليه الفاتحة واستحب له السورة وإن كانت جهرية
فإن كان يسمع قراءة الإمام كره له قراءة السورة وفي وجوب الفاتحة قولان أصحهما تجب
والثاني لا تجب وإن كان لا يسمع القراءة فالصحيح وجوب الفاتحة واستحباب السورة
وقيل تجب ولا تستحب السورة والله أعلم وتجب قراءة الفاتحة في الركعة الأولى من
صلاة الجنازة وأما قراءة الفاتحة في صلاة النافلة فلا بد منها واختلف أصحابنا في
تسميتها فيها فقال القفال تسمى واجبة وقال صاحبه القاضي حسين تسمى شرطا وقال
غيرهما تسمى ركنا وهو الأظهر والله أعلم والعاجز عن الفاتحة في هذا كله يأتي
ببدلها فيقرأ بقدرها من غيرها من القرآن فإن لم يحسن أتى بقدرها من الأذكار
كالتسبيح والتهليل ونحوهما فإن لم يحسن شيئا وقف بقدر القراءة والله أعلم
FASAL
KE 19
TATACARA MEMBACA AL-QUR'AN SAMBIL BERJALAN
dan DALAM SHOLAT
Jika
dia membaca sambil berjalan, kemudian melalui sejumlah manusia, diutamakan
memutuskan bacaan dan memberi salam kepada mereka, kemudian melanjutkan
bacaannya. Jika dia mengulangi ta'awwudz, maka perbuatan itu lebih baik.
Sekiranya membaca sambil duduk, kemudian ada orang lalu di depannya, maka
dikatakan oleh Imam Abul Hasan Al-Wahidi: "Pendapat yang lebih utama
adalah tidak memberi salam kepada pembaca Al-Qur'an karena dia sibuk
membaca."
Dan
jika berkata: "Jika seseorang memberi salam kepadanya, cukuplah dia
menjawab dengan isyarat." Masih menurut Abu Hasan, "Jika ingin
menjawab dengan lafaz salam, dia bisa menjawabnya kemudian dia mulai membaca
isti'adzah dan meneruskan bacaannya."
Pendapat
yang dikemukakan itu lemah. Hal yang jelas adalah kewajiban menjawab lafaz.
Para sahabat kami berkata: "Jika orang yang masuk memberi salam pada hari
Jumaat dalam keadaan imam berkhutbah, sedangkan kami mengatakan bahwa diam
adalah sunah, maka wajiblah ke atasnya menjawab salam menurut pendapat yang
lebih sahih di antara dua pendapat. Jika mereka katakan bahwa ini adalah dalam
keadaan Khutbah, sedangkan terdapat perselisihan berkenaan dengan kewajiban
diam dan pengharaman berbicara, maka dalam keadaan pembacaan yang tidak haram
berbicara di dalamnya berdasarkan ijmak adalah lebih utama di samping hukum
menjawab salam adalah wajib." Wallahua'lam.
Sementara
itu, jika dia bersin dalam keadaan membaca, maka diutamakan mengucapkan,
"Alhamdulillah". Demikian pula halnya di dalam sembahyang. Sekiranya
orang lain bersin sedang dia membaca Al-Qur'an di luar sembahyang
dan
orang itu mendoakannya dengan mengatakan "Yarhamukallah."
Sekiranya
pembaca Al-Qur'an mendengar Adzan, dia hentikan bacaannya dan menjawabnya
dengan mengikutinya mengucapkan lafaz-lafaz adzan dan iqamat, kemudian dia
kembali kepada bacaannya. Ini disetujui oleh para sahabat kami.
Jika
dia orang punya keperluan dengannya, sedangkan dia dalam keadaan membaca
Al-Qur'an dan memungkinkan baginya untuk menjawab orang yang bertanya dengan
isyarat yang dapat difamahmi dan dia yakin bahwa hal itu tidak mengecewakan
hatinya dan tidak mengganggu hubungan antara keduanya, maka sebaiknya dia
menjawabnya dengan isyarat dan tidak menghentikan bacaan. Jika dia
menghentikannya, maka hal itu diharuskan. Wallahua'lam.
HUKUM-HUKUM YANG BERKAITAN DENGAN MEMBACA
AL-QUR'AN DALAM SEMBAHYANG
Hukum-hukum
berharga yang berkaitan dengan membaca Al-Qur'an dalam sembahyang. Saya
sampaikan pembahasan ini secara ringkas karena cukup mansyur dalam kitab-kitab
fiqh. Di antaranya wajib membaca Al-Qur'an dalam sembahyang fardhu berdasarkan
ijmak ulama. Kemudian Malik, Imam Asy-Syafi'i, Ahmad dan mayoritas ulama
berpendapat, diwajibkan membaca Al- Fatihah dalam setiap rakaat. Abu Hanifah
dan jamaah berkata, "Tidak diwajibkan membaca Al-Fatihah untuk
selamanya." Dan katanya: "Tidak wajib membaca Al-Fatihah dalam dua
rakaat terakhir." Pendapat yang lebih benar adalah pendapat pertama.
Banyak dalil dari Sunnah yang menyokong pendapat itu. Cukuplah memahami sabda
NabI saw dalam hadits sahih:
"Tidak
memadai (sah) sembahyang yang tidak dibaca Al-Fatihah di dalamnya."
Mereka
sependapat atas sunahnya membaca surat sesudah Al-Fatihah dalam dua rakaat
sembahyang Subuh dan dua rakaat pertama dari sembahyang- sembahyang lainnya.
Mereka berlainan pendapat tentang anjuran membacanya pada rakaat ke tiga dan
keempat. Menurut Imam Asy-Syafi'i ada dua pendapat tentang hal itu. Menurut
madzhab baru (aqaul jadid) ialah tidak disunahkan dan menurut madzhab lama
(qaul qadim) disunahkan.
Para
sahabat kami mengatakan, jika kami katakan bahwa ahl itu disunahkan, maka tiada
perselisihan bahwa pembacaannya tidak lebih dari pembacaan dalam dua rakaat
pertama. Mereka berpendapat bahwa pembacaan pada rakaat ketiga dan rakaat
keempat adalah sama. Apakah pembacaan pada rakaat pertama lebih panjang
daripada rakaat kedua? Maka ada dua pendapat berkenaan dengan perkara tersebut.
Pendapat yang lebih kuat (sahih) diantara keduanya menurut mayoritas sahabat
kami adalah tidak lebih panjang.
Pendapat
kedua, yaitu yang sahih menurut para pengkaji adalah lebih panjang. Itulah
pendapat yang terpilih berdasarkan hadits sahih:
"Bahwa Rasulullah saw lebih memanjangkan
bacaan pada rakaat pertama dari pada rakaat kedua." Faedahnya ialah supaya
orang yang tertinggal bisa mendapat rakaat pertama. Wallahua'lam.
Imam
Asy-Syafi'i rahimahullah mengatakan, apabila makmum masbuq mendapati dua rakaat
terakhir dari sembahyang DZuhur dan lainnya bersama imam, kemudian dia kerjakan
dua rakaat baginya, maka diutamakan baginya membaca Surat. Mayoritas sahabat
kami berkata demikian ini atas dua pendapat. Setengah dari mereka berkata, ini
menurut pendapat yang menganjurkan pembacaan surat dalam dua rakaat terakhir.
Manakala menurut lainnya tidaklah diutamakan. Pendapat yang lebih benar adalah
pendapat pertama supaya sembahyangnya tidak kosong dari surat. Wallahua'lam.
Ini
hukum imam dan orang yang sembahyang sendiri. Sementara makmum, maka jika
sembahyangnya pelan bacaannya, wajiblah dia membaca Al-Fatihah dan diutamakan
baginya membaca surat. Jika sembahyang itu bacaannya keras, sedang dia
mendengar bacaan imam, tidaklah disukai baginya membaca surat.
Adapun
tentang kewajiban membaca Al-Fatihah ada dua pendapat. Pendapat yang lebih kuat
(sahih) adalah wajib dan pendapat kedua tidak wajib. Jika tidak mendengar
bacaan imam, maka yang sahih adalah wajib membaca Al- Fatihah dan diutamakan
membaca surat. Tidak dinafikan memang ada orang yang berpendapat wajib membaca
Al-Fatihah da tidak sunah membaca Surat. Wallahua'lam.
Wajib
membaca Al-Fatihah pada rakaat pertama dari sembahyang jenazah. Manakala
membaca Al-Fatihah dalam sembahyang nafilah, maka mesti dilakukan. Para sahabat
kami berlainan pendapat berkenaan dengan penanamannya dalam sembahyang.
Al-Qaffal
berkata, dia dinamakan kewajiban. Kawannya Qadhi Husain berkata, dia dinamakan
syarat.
Orang lainnya berkata, dia dinamakan
rukun dan itulah yang benar. Wallahua'lam.
Orang
yang tidak mampu membaca Al-Fatihah dalam semua ini maka hendaklah dia
menggantinya dengan membaca ayat-ayat yang setara dengannya dari Al-Qur'an.
Jika tidak mempu maka hendaklah menggantinya dengi dzikir, tasbih atau tahlil
dan lainnya.dan apabila tidak mampu membaca sesuatu, dia dia cukup berdiri
sekedar lamanya bacaan Al-Fatihah kemudian rukuk. Wallahua'lam.
Mohon Maaf, Kepada Semua Sahabat, Atas Ketidak Nyamanannya, Dengan adanya Shortener Di Link Download. Mohon Keridhoannya. Terima Kasih.**** Apabila kesulitan Download Silahkan buka/klik gambar(Cara Download) kalau Di hp, Geser kebawah. Apabila masih kesulitan, Silahkan copy paste link download yang ada, kebrowser.*** Apabila ada link Download yg rusak/mati, mohon beritahu kami lewat komentar dibawah ini.