TERJEMAH KITAB
"At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Qur’an"
 Abu Zakariya Yahya Muhyiddin bin Syaraf bin Hizam An-Nawawi
Fasal 10
 ADAB DAN ETIKA MEMBACA AL-QUR'AN


فصل ١٠ في آداب القرآن
ومما يعتنى به ويتأكد الأمر به احترام القرآن من أمور قد يتساهل فيها بعض الغافلين القارئين مجتمعين فمن ذلك اجتناب الضحك واللغط والحديث في خلال القراءة إلا كلاما يضطر إليه وليمتثل قول الله تعالى وإذا قرئ القرآن فاستمعوا له وأنصتوا لعلكم ترحمون وليقتد بما رواه ابن أبي داود عن ابن عمر رضي الله عنهما أنه كان إذا قرأ القرآن لا يتكلم حتى يفرغ منه ذكره في كتاب التفسير في قوله تعالى نساؤكم حرث لكم ومن ذلك العبث باليد وغيرها فإنه يناجي ربه سبحانه وتعالى فلا يعبث بين يديه ومن ذلك النظر إلى ما يلهي ويبدد الذهن وأقبح من هذا كله النظر إلى ما لا يجوز النظر إليه كالأمرد وغيره فإن النظر إلى الأمرد الحسن من غير حاجة حرام سواء كان بشهوة أو بغيرها سواء أمن الفتنة أو لم يأمنها هذا هو المذهب الصحيح المختار عند العلماء وقد نص على تحريمه الإمام الشافعي ومن لا يحصى من العلماء ودليله قوله تعالى قل للمؤمنين يغضوا من أبصارهم ولأنه في معنى المرأة بل ربما كان بعضهم أو كثير منهم أحسن من كثير من النساء ويتمكن من أسباب الريبة فيه ويتسهل من طرق الشر في حقه ما لا يتسهل في حق المرأة فكان تحريمه أولى وأقاويل السلف في التنفير منهم أكثر من أن تحصى وقد سموهم الأنتان لكونهم مستقذرين شرعا وأما النظر إليه في حال البيع والشراء والأخذ والإعطاء والتطبب والتعليم ونحوها من مواضع الحاجة فجائز للضرورة لكن يقتصر الناظر على قدر الحاجة ولا يديم النظر من غير ضرورة وكذا المعلم إنما يباح له النظر الذي يحتاج إليه ويحرم عليهم كلهم في كل الأحوال النظرة بشهوة ولا يختص هذا بالأمرد بل يحرم على كل مكلف النظر بشهوة إلى كل أحد رجلا كان أو امرأة محرما كانت المرأة أو غيرها إلا الزوجة أو المملوكة التي يملك الاستمتاع بها حتى قال أصحابنا يحرم النظر بشهوة إلى محارمه كأخته وأمه والله أعلم وعلى الحاضرين مجلس القراءة إذا رأوا شيئا من هذه المنكرات المذكورة أو غيرها أن ينهوا عنه حسب الإمكان باليد لمن قدر وباللسان لمن عجز عن اليد وقدر على اللسان وإلا فلينكر بقلبه والله أعلم

(Fasal 10) Muliakanlah Al-Qur’an

Hal yang perlu diperhatikan dan amat ditekankan adalah memuliakan Al-Qur'an dari hal-hal yang kadang-kadang diabaikan oleh sebagian orang yang lalai ketika membaca bersama-sama. Diantaranya menghindari tertawa, berbuat bising dan bercakap-cakap di tengah pembacaan, kecuali perkataan yang perlu diucapkan.
Hendaklah dia mematuhi firman Allah s.w.t: "Dan apabila dibacakan Al-Qur'an, maka dengarkanlah baik- baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat." (QS Al-A'raf 7:204)
Hendaklah dia mengikuti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Dawud dari Ibnu Umar ra bahawa apabila membaca Al-Qur'an dia tidak bercakap sehingga selesai. Hadits ini juga diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam shahihnya dan dia berkata: "Tidak bercakap-cakap hingga selesai membaaca." Dia menyebutnya dalam kitab At-Tafsir berkenaan dengan firman Allah s.w.t: "Isetri-isterimu adalah ladang bagimu." (QS Al-Baqarah 2:223)
Termasuk perbuatan tercela adalah mempermainkan tangan lainnya karena dia sedang bermunajat kepada Allah s.w.t. Maka janganlah dia bermain di hadapan-Nya. Diantaranya adalah memandang kepada sesuatu yang dapat melalaikan dan melencengkan pikiran dan tumpuan.
Lebih buruk dari semua itu adalah memandang kepada sesuatu yang tidak boleh dipandang, seperti orang lelaki yang mulus wajahnya dan yang seumpamanya. Kerana memandang kepada laki-laki yang berwajah mulus dan tampan tanpa keperluan adalah haram, sama saja dengan syahwat ataupun tanpa syshwat, sama saja aman dari fitnah atau tidak aman. Ini adalah madzhab yang shahih dan terpilih di kalangan ulama. Imam Asy-Syafi'i dan para ulama yang tidak sedikit jumlahnya telah menyebutkan pengharamannya.
Dalilnya ialah firman Allah s.w.t:  "Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya." (QS An-Nur 24:30)
Kerana lelaki mulus lagi cantik cenderung dijadikan pasangan homoseks, sama dengan perempuan. Bahkan boleh jadi sebagian atau banyak dari mereka lebih bagus dari banyak perempuan dan lebih memungkinkan terjadinya kejahatan padanya serta lebih mudah dari perempuan. Maka pengharamannya itu lebih utama. Pendapat-pendapat ulama saja yang memperingatkan terhadap mereka banyak sekali jumlahnya. Para ulama menanamkan mereka orang busuk kerana menimbulkan rasa jijik menurut syarak.
Manakala memandang kepadanya ketika berjual beli, mengambil dan memberi, berubat dan mengajar serta hal-hal lain yang diperlukan, hukumnya boleh kerana adanya keperluan yang dibenarkan secara syar'i. Bagaimanapun pandangannya adalah sekedar keperluan dan tidak terus memandang tanpa keperluan. Demikian jugalah guru yang diharuskan memandang sesuatu yang diperlukannya dan haram atas mereka dalam segala keadaan memandang dengan syahwat.
Ini tidak khusus berkaitan dengan lelaki yang mulus wajahnya, bahkn haram atas setiap mukallaf memandang dengan syahwat kepada setiap orang, sama saja lelaki ataupun perempuan. Sama saja perempuan itu masih mahramnya atau bukan, kecuali isteri atau hamba perempuan yang boleh digauli. Bahkan sahabat kami mengatakan: Diharamkan memandang dengan syahwat kepada mahramnya seperti suadara perempuannya dan ibunya." Wallahua'lam.
Diwajibkan atas orang-orang yang menghadiri majlis membaca Al-Qur'an jika melihat sesuatu kemungkaran-kemungkaran tersebut atau lainnya agar melarangnya sekuat tenaga dengan tangan bagi siapa yang mampu dan dengan lisan bagi siapa yang tidak mampu melakukannya dengan tangan dan mampu melakukannya dengan lisan. Jika tidak sanggup dengan semua itu, maka dengan hatinya (membencinya dengan hati). Wallahua'lam.