TERJEMAH KITAB
"At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Qur’an"
 Abu Zakariya Yahya Muhyiddin bin Syaraf bin Hizam An-Nawawi
Fasal 6
ADAB DAN ETIKA MEMBACA AL-QUR'AN
فصل ٦- في آداب القرآن

فإن أراد الشروع في القراءة استعاذ فقال أعوذ بالله من الشيطان الرجيم هكذا قال الجمهور من العلماء وقال بعض العلماء يتعوذ بعد القراءة لقوله تعالى فإذا قرأت فاستعذ بالله من الشيطان الرجيم وتقدير الآية عند الجمهور إذا أردت القراءة فاستعذ ثم صيغة التعوذ كما ذكرناه وكان جماعة من السلف يقولون أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم ولا بأس بهذا ولكن الاختيار هو الأول ثم إن التعوذ مستحب وليس بواجب وهو مستحب لكل قارئ سواء كان في الصلاة أو في غيرها ويستحب في الصلاة في كل ركعة على الصحيح من الوجهين عند أصحابنا وعلى الوجه الثاني إنما يستحب في الركعة الأولى فإن تركه في الأولى أتى به في الثانية ويستحب التعوذ في التكبيرة الأولى في صلاة الجنازة على أصح الوجهين قال وينبغي أن يحافظ على قراءة بسم الله الرحمن الرحيم في أول كل سورة سوى براءة فإن أكثر العلماء قالوا إنها آية حيث تكتب في المصحف وقد كتبت في أوائل السور سوى براءة فإذا قرأها كان متيقنا قراءة الختمة أو السورة فإذا أخل بالبسملة كان تاركا لبعض القرآن عند الأكثرين فإذا كانت القراءة في وظيفة عليها جعل كالأسباع والأجراء التي عليها أوقاف وأرزاق كان الاعتناء بالبسملة أكثر لتيقن قراءة الختمة فإنه إذا تركها لم يستحق شيئا من الوقف عند من يقول البسملة آية من أول السورة وهذه دقيقة نفيسة يتأكد الاعتناء بها وإشاعتها

Jika hendak mulai membaca Al-Qur'an, maka dia memohon perlindungan dengan mengucapkan: A'uudzu billaahi minasy-syaithoonir rojiim (Aku Berlindung kepada Allah s.w.t dari Syaitan yang terkutuk). Sebagian ulama salaf berkata: Ta'awwudz itu sepatutnya dibaca sesudah membaca Al- Qur'an berdasarkan firman Allah s.w.t:  "Jika kamu membaca Al-Qur'an, hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah s.w.t dari syaitan yang terkutuk." (QS An-Nahl 16:98)
Maksud ayat ini menurut mayoritas ulama, apabila kamu ingin membaca Al-Qur'an, maka mohonlah perlindungan kepada Allah s.w.t dari syaitan yang terkutuk.
Sejumlah ulama salaf berpendapat, 'Auudzu billaahis sami'il 'aliimi minasy-syaithoonir rojiim (aku memohon perlindungan kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang terkutuk). Tidaklah mengapa jika mengucapkan perkataan ini.
Bagaimanapun yang terpilih adalah bentuk ta'awwudz yang pertama. Kemudian, sesungguhnya ta'awwudz itu mustahab (disunahkan) dan bukan wajib. Ta'awwudz itu disunahkan bagi setiap pembaca Al-Qur'an, sama saja di dalam sembahyang atau di luarnya. Di dalam sembahyang diutamakan membacanya dalam setiap rakaat menurut pendapat yang sahih dari dua pendapat tersebut.
Menurut pendapat yang kedua diutamakan membacanya pada rakaat pertama. Jika ditinggalkan pada rakaat pertama, maka hendaklah dia membacanya pada rakaat kedua.
Diutamakan pula membaca ta'awwudz dalam takbir pertama sembahyang jenazah, menurut pendapat yang lebih sahih di antara dua pendapat.
Hendaklah orang yang membaca Al-Qur'an selalu membaca bismillahir Rahmaanir Rahiim pada awal setiap surah selain surah Bara'ah kerana sebagian besar ulama mengatakan, ia adalah ayat, sebab ditulis di dalam Mushaf. Basmalah ditulis di awal setiap surah, kecuali Bara'ah. Jika tidak membaca basmalah, maka dia meninggalkan sebagian Al-Qur'an menurut sebagian besar ulama.
Kalau bacaan itu kerana tugas yang diwajibkan atasnya sebagai orang yang diupah dan digaji, maka perhatian atas bacaan basmalah lebih ditekankan untuk memastikan pembacaan khatam. Kerana jika ditinggalkannya, maka dia tidak mendapat sesuatu kerana waqaf, bagi orang yang mengatakan bahawa basmalah adalah termasuk ayat di awal surah. Ini adalah penjelasan berharga yang ditekankan agar diperhatikan dan disebarkan.