Silahkan Bagikan Artikel ini
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
اللهُم َّصلِّ علٰى سَيِّدنا مُحَمّدٍ عبدِكَ وَنبيِّكَ ورسولِكَ النَّبيِّ الاُمِيّ وَعلٰى اٰلهِ وَصَحْبِهِ وسَلِّم تسليماً بقدرِ عظمةِ ذاَتِكَ في كـُلِّ وَقتٍ وَحيـنٍ
TERJEMAH KITAB
"At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Qur’an"
Abu
Zakariya Yahya Muhyiddin bin Syaraf bin Hizam An-Nawawi
Fasal 9
ADAB DAN ETIKA MEMBACA AL-QUR'AN
فصل ٩ في آداب القرآن
ويستحب إذا مر بآية رحمة أن يسأل الله
تعالى من فضله وإذا مر بآية عذاب أن يستعيذ بالله من الشر ومن العذاب أو يقول
اللهم إني أسألك العافية أو أسألك المعافاة من كل مكروه أو نحو ذلك وإذا مر بآية
تنزيه لله تعالى نزه فقال سبحانه وتعالى أو تبارك وتعالى أو جلت عظمة ربنا فقد صح
عن حذيفة بن اليمان رضي الله عنهما قال صليت مع النبي ذات ليلة فافتتح البقرة فقلت
يركع عند المائة ثم مضى فقلت يصلي بها في ركعة فمضى فقلت يركع بها ثم افتتح النساء
فقرأها ثم افتتح آل عمران فقرأها يقرأ ترسلا إذا مر بآية فيها تسبيح سبح وإذا مر
بسؤال سأل وإذا مر بتعوذ تعوذ رواه مسلم في صحيحه وكانت سورة النساء في ذلك الوقت
مقدمة على آل عمران قال أصحابنا رحمهم الله تعالى ويستحب هذا السؤال والاستعاذة
والتسبيح لكل قارئ سواء كان في الصلاة أو خارجا منها قالوا ويستحب ذلك في صلاة
الإمام والمنفرد والمأموم لأنه دعاء فاستووا فيه كالتأمين عقب الفاتحة وهذا الذي
ذكرناه من استحباب السؤال والاستعاذة هو مذهب الشافعي رضي الله عنه وجماهير
العلماء رحمهم الله قال أبو حنيفة رحمه الله تعالى ولا يستحب ذلك بل يكره في
الصلاة والصواب قول الجماهير لما قدمناه
Fasal
9. Anjuran Berdo’a ketika membaca ayat-ayat tertentu
Diutamakan jika melalui ayat yang
mengandung rahmat agar memohon kepada Allah s.w.t dan apabila melalui yang
mengandung siksaan agar memohon perlindungan kepada Allah s.w.t dari kejahatan
dan siksaan. Atau berdoa: "Ya Allah, aku mohon kesehatan kepada-Mu atau
keselamatan dari setiap bencana." Jika melalui ayat yang mengandung tanzih
(penyucian) Allah s.w.t maka dia sucikan Allah s.w.t dengan ucapan, Subhanalahi
wa Ta'ala atau Tabaroka wa Ta'ala atau Jallat Azhamatu Rabbina.
Diriwayatkan dari Hudzifah Ibnul
Yaman ra Dia berkata: "Pada suatu malam aku sembahyang bersama Nabi s.a.w
Beliau memulai dengan Surah Al- Baqarah, beliau rukuk ketika mencapai seratus
ayat, kemudian meneruskan. Maka saya katakan, beliau rukuk dengan membacanya.
Kemudian beliau memulai surah An-Nisa' dan membacanya, kemudian memulai suart
Ali-Imran dan membacanya dengan perlahan-lahan. Jika melalui suatu ayat yang
terdapat tasbih di dalamnya, beliau bertasbih. Dan apabila melalui permohonan,
beliau memohon. Jika melalui ta'awuudz, beliau memohon perlindungan."
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Letak Surah An-Nisa' pada waktu itu
didahulukan sebelum Surah Ali- Imran.
Para sahabat kami rahimahullah
berkata, memohon, meminta perlindungan dan bertasbih itu disunahkan bagi setiap
pembaca Al-Qur'an, sama saja di dalam sembahyang atau di luarnya. Mereka berkata:
"Semua itu disunahkan dalam sembahyang sendirian. Kerana itu adalah do'a
maka mereka semua sama dalam hal itu, seperti ucapan Aamiin sesudah Al-Fatihah.
Apa yang saya sebutkan berkenaan
dengan sunahnya, memohon dan isti'adzah tersebut adalah menurut madzhab
Asy-Syafi'i ra dan mayoritas ulama rahimahullah. Abu Hanifah rahimahullah
berkata: "Hal itu tidak diutamakan, bahkan tidak disukai dalam
sembahyang." Pendapat yang lebih benar adalah pendapat mayoritas
sebagaimana saya kemukakan.
Mohon Maaf, Kepada Semua Sahabat, Atas Ketidak Nyamanannya, Dengan adanya Shortener Di Link Download. Mohon Keridhoannya. Terima Kasih.**** Apabila kesulitan Download Silahkan buka/klik gambar(Cara Download) kalau Di hp, Geser kebawah. Apabila masih kesulitan, Silahkan copy paste link download yang ada, kebrowser.*** Apabila ada link Download yg rusak/mati, mohon beritahu kami lewat komentar dibawah ini.
Title : (Fasal 9) Anjuran Berdo’a ketika membaca ayat-ayat tertentu (At-Tibyan)
Description : TERJEMAH KITAB "At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Qur’an" Abu Zakariya Yahya Muhyiddin bin Syaraf bin Hizam An-Nawaw...
Silahkan Bagikan Artikel ini